Thursday, December 31, 2009

Selamat Hari Natal, Cikgu Robert!


Krismas telah berlalu. Kerana inilah hampir sejam masa bekerja aku pada malam tadi dihabiskan dengan mendengar luahan hati seorang India yang beragama Kristian Katholik bernama Cikgu Robert. Mari aku perjelaskan, India adalah sebuah bangsa yang jarang di Terengganu. Majoritinya Melayu dan diikuti dengan Cina. Sejak aku di Bintulu, rata-rata teman2 yang berbangsa India yang aku kenali, sangat taat beragama. Tak kiralah sama ada yang Hindu ataupun Kristian. Setiap hari, asap colok akan memenuhi ruang di blok asrama menandakan mereka bersembahyang. Suatu hal yang paling memalukan aku (pahit untuk aku akui namun ia adalah kenyataan) ialah, bilangan yang bangun seawal pagi untuk ke gereja pada hati Ahad adalah sangat ramai sehinggakan bas yang disediakan oleh pihak Universiti cukup sarat berbanding dengan bilangan yang ke masjid pada hari Jumaat.

Perhatian : Gereja terletak jauh di bandar dan mengambil masa yang agak lama untuk ke sana, berbanding Masjid yang terletak di dalam perkarangan universiti dan mengambil masa seputar lima minit berjalan kaki sahaja. Malah, paling memilukan aku, sembahyang Jumaat selalu dimulai lewat kerana menunggu bilangan jemaah mencukupi 40 orang. Pilu!

Cikgu Robert seorang Kristian yang cukup taat. Dia memahami agamanya dengan baik. Agamanya adalah warisan dari ibunya yang sangat miskin namun berpegang teguh dengan Isa Al-Masih dan sentiasa redha dengan kehidupan. Ibu Cikgu Robert sentiasa percaya bahawa mereka akan tetap selamat selagi mereka punya kepercayaan, keredhaan, kesetiaan dan sentiasa bersedia untuk berkorban dan melepaskan. Berkorban apa sahaja! Itu kata Cikgu Robert. Maha Suci Allah! Aku jadi terkedu sebak mendengarkan kata-kata Cikgu Robert. Dia mengeluarkan loket salib dilehernya, menunjukkan kepada aku dan memperjelaskan bahawa itu bukan suatu perhiasan melainkan peringatan betapa sengsaranya Jesus dalam erti sebuah pengorbanan namun keredhaan jualah yang menjadi penawar. Dia juga menceritakan kepada aku, mereka orang-orang Kristian Khatolik merasa sangat hina dan tersisih di Terengganu. Mereka tidak diberikan sebuah gereja. Krismas juga tidak diraikan di Terengganu.

Mereka terpaksa bersesak di dalam sebuah dewan untuk sembahyang dan meraikan perayaan. Kala hujan, mereka beribat dan meraikan dalam kebasahan. Ada kalanya pula, mereka diminta bersurai oleh pihak berkuasa. Lalu Cikgu Robert dalam sebaknya bertanya kepada aku,

“Ke mana orang-orang Muslim pergi beribadat dengan membiarkan puluhan masjid dan ratusan surau dalam kekosongan?”

Sekali lagi aku tersentak. Serta merta teringatkan masjid dan surau yang dibina bagai cendawan tumbuh di negeriku. Namun sayang benar, masjid yang indah tersergam mempamerkan keagungan sebuah negara Islam terbiar sepi tanpa jemaah. Malah yang paling lucu, Masjid Kristal yang menjadi mercu tanda agung di sini. Politik semata-mata! Membina sebuah masjid yang gah di kawasan pinggir hutan... lalu mana nak datang jemaahnya? Gah binaanya... menyebabkan aku tercari-cari, di mana Islamku yang seharusnya penuh dengan kesederhanaan?

Cikgu Robert punya seorang anak lelaki. Anak lelakinya mengatakan bahawa orang Muslim tidak adil! Katanya,

“Appa, saya benci pemimpin Muslim di sini...mereka tidak adil!”

Cikgu Robert akan segera memujuk. Katanya, mereka orang2 Muslim sangat adil. Mereka akan memahami kita suatu hari nanti. Paling mengejutkan aku, Cikgu Robert dan komuniti Kristian di sini menghormati dan menganggap Tuan Guru Nik Aziz sebagai seorang Muslim yang sejati. Muslim yang adil sifatnya. Sederhana laku dan penampilannya. Di Kelantan, mereka punya gereja. Tuan Guru tidak bersifat berat sebelah, itu kata Cikgu Robert mewakili komunitinya. Aku juga pernah mendengar dari teman-temanku yang berasal dari Kelantan, benar Kelantan sebuah negeri yang miskin namun ia adalah negeri yang bebas hutang. Tuan Guru malah membiayai pendidikan anak-anak buminya dengan elaun beliau sebagai menteri besar.

Aku katakan pada Cikgu Robert, cubalah bangkit sebagai suatu komuniti dan berjuanglah untuk mendapatkan hak mereka. Barangkali kita tidak akan luka jika memberikan sedikit ruang kepada mereka. Contohilah junjungan kita, Rasulullah SAW. Bukankah indah jika kita saling menghormati. Jangan kerana terlalu menjaga hak kita sehinggakan kita terlihat hina di mata mereka. Asalkan kita sama2 tahu batasannya, aku kira kita tidak akan apa-apa.

Selamat Hari Natal, Cikgu Robert! Selamat Tahun Baru 2010 sekaliannya!

Thursday, December 24, 2009

Akhbar Porno


Kerja sebagai SA di 7-Eleven ni ada satu bagusnya. Aku boleh baca surat khabar secara percuma. Dulu masa belajar pun, dapat juga baca surat khabar percuma... tapi malas sungguh nak menapak ke perpustakaan dan berebut dengan umat yang ramai tu. Seorang teman pernah berkata,
“Lupakan saja surat khabar... semuanya dipenuhi propaganda!”
Aku bukan pembaca surat khabar pun. Menonton berita malah jarang sekali. Bapak aku selalu marah2 pasal aku selalu tengok Phua Chu Kang atau sebarang cerita lain masa waktu dia menengok berita (8-9PM). Sampai pensyarah aku masa mengajar subjek ‘Kewartawanan Seni’ dulu pun marah-marah. Sorry, En. Sukarno! Aku memang mudah jelak membaca sandiwara dunia. Sekarang ni pun aku dah mula yakin yang sejarah sebenarnya suatu pembohongan! Omongan orang dulu2... hahahaha! Makin teruk fikiran aku teracun. Begitu menurut sesetengah pihak. Racun pada orang lain, belum tentu racun juga untuk aku. Betul ke tidak?
Berbalik kepada isu asal yang nak aku perkatakan. Kebetulan dah bertimbun-timbun naskah akhbar dari pelbagai edisi tersusun cantik depan mata, jadinya ringan jugalah aku nak belek-belek sikit. Menjeling apa yang patut. Huh!
“Bapak Tergamam Lihat Aksi Anak Di’baham’ Lima Lelaki”
“Suami Terlampau Belasah Isteri ‘Tak Tahan’”
“Rumah Tangga Hancur, Suami Terlebih Power”
Wah, panas sungguh tajuk akhbar nombor satu di Malaysia ni. (Perhatian : Akhbar ini telah mencatatkan rekod jualan akhbar tertinggi di Malaysia) Ruangan faktanya lagi hebat,
“Gadis diratah oleh tiga lelaki selama dua hari”
“Isteri tak tahan suami mahu berasmara 17 kali sehari”
“Berbogel semasa Bomoh lelaki masukkan susuk ke dalam kemaluan”
Naik hairan aku. Teringat pula pada skrip drama acuan Usman Awang yang berjudul Tamu Di Bukit Kenny.
CIK PUAN : Suratkhabar sekarang ni kalau tak membesarkan berita rogol , rompak, khalwat, gambar-gambar telanjang, tak sah, bukan suratkhabar.
Skrip ini telah ditukangi seputar tahun 1967. Sekarang tahun 2009. 42 tahun! Rupanya tak ada apa2 yang berubah dalam tempoh lebih empat dekad ini. Kata mereka berita-berita ini demi kemanusiaan. Tetapi aku masih tercari-cari di mana kemanusiaan itu? Terselit di celah berita wanita berumur yang ditangkap khalwat dengan lelaki mudakah? Atau tersembunyi di sebalik berita kopi penguat tenaga sekskah? Semasa David Teoh ke akademi dulu, beliau pun pernah membela filem Remp-it dengan berkata begini,
“Apa yang kami cuba sampaikan dalam filem ini adalah mesej supaya remaja jangan jadi macam Madi yang merempit dan akhirnya mati sia-sia.”
Dan wow! Aku kagum. Mesej sebaik itu disampaikan dengan gambar-gambar yang diambil dari celah kangkang, aksi menanggalkan pakaian dan bergomol di atas katil. Mengucapkan ‘assalamualaikum’ sambil memeluk perempuan bogel yang bakal disetubuhi secara haram. Penggunaan bahasa seperti bil air tertunggak, ‘kita dah ada bf, awak dengan kita skandal saja’ (tapi masih boleh ke katil), dah bolos dan berlambak lagi aksi yang hangat2 belaka.
Jadi apa bezanya filem s*mp*h seperti itu dengan surat khabar yang menyiarkan berita yang panas2 dengan tajuk-tajuk yang hangat dan menggunakan bahasa seperti diratah, dikenduri, pesta asmara, nafsu ganas dan sebagainya. Paling lucu, ditemubual pula mufti dan pegawai2 agama bagi mengulas isu itu supaya kelihatan usaha suci mereka untuk ‘membersihkan’ kekotoran yang ada. Isu susuk di kemaluan, suami memiliki kekuatan seks luar biasa berkaitan dengan makhluk halus pula membuatkan aku melabel pula surat khabar ini sebagai Akhbar Porno dan Khurafat.
Katalah aku tak faham. Aku hanya tau menunding jari dan melihat usaha suci murni mereka sekadar di permukaan sahaja, ataupun aku hanya menilai berdasarkan judul dan gaya bahasa yang digunakan semata-mata. Katalah aku memang bebal yang tak mengerti. Namun aku ingin tanyakan kalian yang membeli surat khabar ini setiap hari sehingga ia menjadi akhbar nombor satu di Malaysia, kalau satu hari nanti anak-anak anda yang baru berusia seputar enam hingga 12 tahun bertanyakan,
“Ayah, Ibu... adakah ayah pun terlebih power dan mahukan seks bersama ibu sampai 17 kali satu malam?”
Ataupun soalnya,
“Ayah tak nak periksa handphone kakak ke, manalah tahu ada rakaman kakak diratah oleh lima lelaki juga?”
Ataupun,
“Ibu, boleh tak adik pakai susuk di kemaluan juga supaya suami adik tak tahu yang adik pernah berasmara dengan lelaki lain sebelum kami berkahwin bila adik besar nanti?”
Agak-agaknyalah, apa yang anda nak jawab?

Tuesday, September 29, 2009

Memanggil Roh Dari Langit...


Memulakan sebuah kehidupan baru setelah sekian lama meninggalkannya merupakan suatu risiko yang mesti dihadapi. Jiwa harus kukuh. Memulakan adalah suatu perkara yang ‘besar’. Pernah dengar kata-kata ini;

“Pengembaraan yang besar bermula dengan satu langkah pertama yang kecil!’

Aku percaya itu. Namun tak dapat aku nafi, aku bukanlah orang yang termasuk dalam golongan yang gemarkan permulaan baru. Aku orang yang agak payah menyesuaikan diri. Lalu, kerana itu aku lebih betah dengan kehidupan yang sudah aku selesa dengannya. Tapi pilihan selalunya jarang bersimpati. Kata-kata yang aku petik dari salah sebuah filem kegemaranku berbunyi begini;

“Anda boleh hidup dalam kehidupan yang anda suka atau anda boleh menyukai kehidupan yang anda hidup…”

Kata-kata itulah yang sedang aku pegang. Tak ada salahnya kembali kepada kehidupan lama anda sebagai sebuah permulaan baru. Cuma canggungnya masih bersisa. Maklum sahaja, semasa hidup sendiri aku bebas mengambil keputusan, bebas ke mana sahaja, bebas...bebas! Namun kini semuanya serba terhad. Berlebih pula dengan kondisi aku yang tidak punya sekeping lesen untuk membawa kenderaan sendiri. Sama ada terperuk, berulang alik ke tempat kerja atau berjalan-jalan tawaf rumah sahaja. Hendak menjenguk cyber cafe pun cukup payah.

Cerita di tempat kerja sama sahaja. Tidak ada apa-apa yang menarik dan istimewa. Biasa... Aku sedang memanggil roh dari langit. Memanggil kekuatan dan semangatku untuk menulis. Pena ini jiwa... dan aku sedang berjuang untuk itu kerana entah kenapa aku merasa semakin jauh darinya... semakin lampus. Otak yang bejat dan terasa berkarat. Aku masih memanggil roh dari langit.... lekaslah melayah turun agar aku bisa terus bernyawa....!

Suatu Sesuatu...!


Pernahkah kau memijak suatu tanah?
Gersang... usang....
Warna-warna melayah menjauh,
Kosong bergentayangan;
Dan kau....
Pernahkah kau berenang di laut tandus?
Hapus... lampus....
Ikan-ikan basah berair mata,
Dan ombak mengalun lara;
Lalu kau....
Pernahkan kau terbang ke bumantara?
Permai... damai....
Para bidadari memetik kecapi;
Dan burung-burung berkicau mengikuti,
Maka kau....
Harus tetap memilih neraka realiti,
Berbanding syurga ilusi..!

Wednesday, August 12, 2009

H1N1 Dan Kisah Kuno Tentang Hospital!


Aku mula muak! Nak salahkan 100% pun rasa macam xkena juga. Maklum sahajalah, dalam kegilaan wabak mengganas ni, mesti masalah selaut jadinya. Tapi aku jadi geram. Berpuluh2 kali sehari tv duk menyiarkan iklan tentang bahana H1N1. Paling muak aku dengar,

"Sila dapatkan rawatan segera apabila anda mempunyai tanda2 berikut... bla...bla...bla!"

Aku dengan mimie mempunyai hampir kesemuanya. Demam, sakit tekak, batuk, selesema, sakit2 badan dan macam2lah. Jadinya, dalam kerisauan yang memuncak, menapaklah kami ke HUKM untuk buat pemeriksaan. Yalah, kalau tak ada alhamdulillah... kalau ada, sempat dapatkan rawatan awal. Sampai2 sahaja di HUKM (selepas membayar tambang teksi sebanyak RM6.50, cekik darah naikkan tambang teksi!), bertanyalah kami berdua pasal mamat yang duduk kat kaunter pertanyaan.

"Tumpang tanya, dekat sini boleh buat ujian H1N1?"

Dia kata boleh, lalu tunjukkan kami arah ke ruangan kecemasan. Selepas ucapkan terima kasih (menyahut seruan kerajaan untuk berbudi bahasa... macamlah selama ni aku tak berbudi bahasa! Setakat senyum dan ucap terima kasih tu, mak ayah aku dah ajar dari kecik lagi!) Hospital tu punyalah horror! Mimie pun menyucapkan kata2 ini,

"Kalau macam nilah, takde penyakit pun boleh jadi ada!"

Seluruh umat kat situ memakai topeng muka. Sesak. Yang kelihatan hampir arwah pun ada. Tersidai di bahu2 bf, gf, mak, ayah, kawan dll. Ada yang tersadai di dinding (lagi sadis). Ada pula yang batuk tak henti2! Cuak betul aku dan mimie! Sampai di ruangan kecemasan, aku tanya la pada akak kat situ. Jawabnya...

"Bukan kes kritikal, jadi kena tunggu dalam 5, 6 jam!"

Hampir tercekik aku dibuatnya. Hospital kerajaan, apa yang aku harapkan? Aku pujuk hati sendiri. Demi kesihatan, beraturlah aku dan mimie. Sampai saja kat depan kaunter yang ketiga, mamat tu cakap macam ni,

"Kat sini tak ada buat ujian H1N1! Yang ada dekat HKL dan Hospital Sg. Buloh saja!"

P*k*m*k betul! Buang masa betullah! Tekanan betul aku dibuatnya... Mimie dah buat muka tertekan. Demi Mimie yang dah ambik cuti, aku gagahkan menapak ke HKL. Di sana lagi dahsyat pemandangannya. Aku dengan Mimie serba tak kena. Nak duduk tak sudi, nak berdiri pun tak kena. Orang batuk sebelah kiri, orang bersin sebelah kanan, orang buang kahak belah belakang, orang duk menggigil belah depan. Aduh la! Akhirnya nama Mimie dipanggil. Tak sampai 5 min masuk, dia keluar. Katanya dr. tu periksa lebih kurang dan kemudiannya kata dia cuma demam biasa. Ada ke? MC pun tak sempat nak minta kerana dr. tu dah panggil orang lain. Aku lagi best! Langsung tak dipanggil. Habis muak, aku ajak Mimie blah.

Sejak dari semalam, aku jemu betul bila tengok iklan pasal H1N1 ni. F**k la! Suruh orang ambil langkah berjaga2 tapi bila orang pergi, macam ni pula jadinya. Bosan, jemu, muak dengan janji2 kerajaan! Topeng muka pun tak disediakan kat hospital tu. Langkah berjaga2 apa macam ni? Sudahlah! Jemu... aku jemu!!!

Saturday, August 8, 2009

Mencuba Untuk Positif Dan Kisah Tomyam!

Sekadar gambar hiasan... ;-p


Dengan perasaan yang cukup tenang aku menulis kali ini. Ramai yang mendoakan, jadinya aku berjaya menenangkan fikiran dan sedang mencuba pula untuk berfikiran positif. Pensyarah terbaik aku mengirimkan sms yang bagiku cukup bererti walaupun cara penyampaian beliau sungguh.... sungguhlah! Hahahaha... Aku akui yang aku sungguh emo. Pasal itulah si Mimie melabelkan aku sebagai Kak N Emo! Adakah? Aku akan balik kampung dengan tenang dan nyali yang sarat dengan nekad iaitu tidak akan menjadi puteri UMNO dan akan meneruskan perjuangan sebagai seorang penulis. InsyaAllah... ingatan oleh pensyarahku tentang kisah TOMYAM entah kenapa menyebabkan aku tersedar kembali. Terima kasih En. W! Kisah tentang TOMYAM adalah sebuah kisah lama yang istimewa. Huhuhu... mana2 budak penulisan taulah! Lagipun aku ada sokongan teman-teman dan si dia yang aku kasihi. Hahahaha! Jadinya, aku akan ucapkan selamat tinggal dengan riangnya. Jangan lupakan aku, ya? ;-)

p/s : Salam tahniah dan terima kasih kepada rakan2 seperjuangan iaitu, Epool, Kak Afna dan Zahid yang tahu bagaimana merasai empat tahun ini. Kita dah buktikan yang empat tahun kita bukannya sia2! Alhamdulillah... kalian teman2 yang hebat!

Monday, August 3, 2009

Letupkan Kepala Aku!


Pernah x korang rasa macam segala apa yang korang impikan selama ni musnah macam tu saja? Semua yang korang rancang dan semua yang korang usahakan tiba2 lenyap sekelip mata... pernah? Aku sedang merasakan itu sekarang ni. Ramai yang tak faham kenapa aku rasa macam ni. Menurut mereka, ini adalah keputusan yang terbaik untuk aku. Keputusan yang paling menyenangkan semua pihak termasuk diri aku sendiri.

F**k la! Semua orang tak faham apa yang aku rasa sekarang ni. Apa yang aku dah korbankan untuk semua yang aku ada hari ini. Yang paling menyakitkan hati, tak ada sesiapa pun yang berdiri di belakang aku untuk memberikan sokongan.

Aku dapat bayangkan apa yang akan terjadi lepas ni. Aku setuju dengan seorang teman. Zon selesa hanya akan membekukan kepala hotak kita. Itulah yang akan terjadi pada aku lepas ni. Aku akan berada di dalam zon yang benar2 selesa sehinggakan kepala hotak aku ni akan beku sepenuhnya. Persetankan hal2 yang aku kejar selama ni. Aku sudah kehilangan sokongan. Aku tak perlukan sokongan sebenarnya. Selama ni pun aku berdiri atas kaki sendiri tanpa sokongan dari sesiapa pun. Malah aku siapkan projek akhir aku tanpa merujuk kepada penyelia sekali pun (bunyi macam belagak tapi bukan, sekadar meluahkan perasaan). Tapi kurang2, mengertilah pada cita2 dan impian aku. Tolong faham aku saja! Itu pun tak boleh... susah sangat!

Hujung bulan ni, aku akan ucapkan selamat tinggal Kuala Lumpur! Selamat tinggal teman2... selamat tinggal semuanya! Letupkan saja kepala aku! Dan doakan semoga aku tak jadi puteri UMNO (akibat hasutan mak aku), pekerja 7E untuk selama2nya (akibat hasutan adik dan abang aku) dan juga doakan semoga aku tak akan sekali2 melupakan cita2 aku untuk jadi seorang penulis kelak! Tolonglah... doakan aku!

Wednesday, July 22, 2009

Salam Selamat Tinggal...

Ini Dania yang sentiasa nak duduk atas riba!

Ini Hakimy yang tak boleh dimarah langsung.

Ini Aisy Amsyar yang sedang dikuarantin seminggu. T-T

Ini Nina Adlyn yang comey!


HARI ini tamatlah sudah urusanku berkhidmat di Pelabuhan Klang. Usai sudah senyum tangis anak2 polos ini kutatapi. Umi (majikanku) telah mendidik kami untuk memanggil kanak2 jagaan kami ini dengan panggilan ‘anak2 kita’. Panggilan ini cukup terkesan apabila aku benar2 telah mengasihi mereka seperti seorang ibu.
Di sini, aku belajar menyelami perasaan seorang ibu. Betapa tidak? Aku mandikan, bancuh susu, tidurkan, salin lampin, cuci berak dan suapkan makan kesemua anak2 comelku ini. Aku mula mengerti bagaimana letihnya seorang ibu dalam proses membesarkan cahaya mata belahan jiwa mereka. Paling runsing, bila anak2 sakit. Aisy Amsyar kesayanganku sedang dikuarantin selama seminggu kerana dijangkiti penyakit kuku, kaki dan mulut. Doaku agar anak comel itu segera sembuh. Aisy adalah anak yang istimewa. Manja tetapi cukup degil. Cara memujuknya mesti halus, baru dia akan menurut. Kesayanganku yang terutama, Adlyn tentunya. Dia benar2 manja denganku. Semua cikgu2 yang ada di sini pun selalu memanggil aku bila Adlyn sampai.
“Cikgu N, tu anak awak dah sampai!”
Duduknya atas ribaku sahaja. Dukungnya pun mahu dengan aku saja. Aniq pun sama. Dia hanya mahukan aku yang mandikan dia. Yang lain2nya juga masih kesayanganku.
Paling membuatkan aku terkedu sebak adalah apabila Adlyn, Dania, Hakimy, Aniq dan Ahmad yang memandangku dengan mata yang berkaca semasa mengucapkan selamat tinggal. Anas juga... aduh! Sayu sungguh hati.
Selamat tinggal aku ucapkan. Selamat tinggal filzah firjani cikgu. Selamat tinggal belahan jiwa penghilang duka cikgu. Cikgu sungguh2 kasih dan pasti merindui kalian. Hatiku benar2 tertinggal di sana. Tertinggal bersama anak2 kesayanganku. Debaran yang seterusnya bakal bermula. Aku akan dapat result akhirku. Ya Allah...perkenankanlah keputusan yang baik2. Doakan aku dan teman2 seperjuangan semuanya, ya? Amin!

Saturday, July 11, 2009

Hatiku Tertinggal Di Pelabuhan Klang...

Sudah agak lama aku tidak menjengah laman kesayanganku ini. Maklum sahaja, dunia pembelajaran telah usai ku ucapkan selamat tinggal. Alam pekerjaan pula menjengah mesra. Demi tuntutan hidup, aku gigihkan diri bekerja di sebuah tadika di Pelabuhan Klang sementara menunggu resume yang aku kirimkan ada tersangkut di mana-mana. Sambil2 tu, aku perbaiki novel canaian pertamaku yang telah selamat dinilai.
Hidup aku kebelakangan ni menyenangkan. Beban belajar sudah habis! Sekarang pula tengah seronok melayan kerenah anak-anak kecil yang polos dan naif. Sama sekali berbeda dengan orang2 dewasa yang selalunya gemar menyembunyikan pelbagai agenda di sebalik senyuman mereka. Senyuman anak-anak ini suci. ‘A’ kata mereka... ‘A’ jugalah yang ada dalam hati mereka. Aku cukup senang! Terhibur juga tentunya dengan keletah manja mereka yang mahukan perhatian.
Tak dapat dinafikan, ada masanya aku juga merasa tertekan. Naik darah bila mereka cukup nakal! Tapi anak-anak kecil yang sedang membesar, apa lagi yang seronok dilakukan kalau tidak melasak? Senyum sendiri aku bila ingat2 balik. Paling manis, sekarang ni aku sedang mengajar kesemua mereka tarian ala bollywood. Lucu juga. Aku sendiri menari pun tak lepas, tiba2 ditugaskan untuk mengajar mereka pula. Mujurlah anak2 didikku cerdas dan riang semuanya. Terutamanya si Anas yang manja dan Aiman yang comel. Tak lupa juga Sofea yang periang dan Zulaika yang selalu mengucapkan ini,
"Cikgu, saya sayang cikgu..."
Begitu tutur Ika dengan nada yang semanja mungkin. Aku senang sekali. Terasa penat lelahku berbaloi. Aku cukup rindu dengan Adlynku yang sangat manja denganku. Aisy yang nakal tetapi selalunya mendengar kataku. Aniq yang degil tetapi juga selalu menurut bila aku yang bersuara. Dania yang kurang sihat tetapi masih selalu tersenyum manis setiap kali aku menyapanya. Aliff yang suka tergelak... Hafif yang suka menangis tetapi kebelakangan ini sudah mula biasa denganku lalu selalu tergelak juga. Faiz yang pandai mengambil kesempatan dan suka dipujuk dengan ciuman. Umaira yang selalu mahu di dukung dan Hakimy yang tidak boleh dimarah langsung. Aduh! Sayang sekali... aku cukup merasa senang melayani kerenah mereka. Anak2 ini mendamaikan.
Aku tak lama di sini. Hujung bulan ni, seputar 25hb aku akan mengucapkan selamat tinggal kepada anak-anak yang nakal manis ini. Sayang sekali kerana aku sudah lama mula mengasihi mereka. Rindu itu pasti, namun aku yakin mereka akan mengerti. Semoga pertemuan dan perpisahan ini akan meninggalkan kenangan yang indah...

Thursday, May 28, 2009

Hal2 Yang Tidak Menggembirakan...


Kadang2 kita tak boleh nak mengharapkan yang terbaik sentiasa. Lebih2 lagi dalam posisi kita ni. Siapalah kita? Tapi bila aku fikirkan balik masak2, rasa tak puas hati itu semakin membengkak jadinya. Menyerahkan karya kita kepada orang, samalah seperti menyerahkan segunung harapan bersamanya. Aku tak sampai mengharapkan yang terbaik pun. Memadailah dengan baik sahaja pun, dah cukup untuk aku. Tapi tu pun tak boleh nampaknya! Susah sangat ke? Latihan tak cukup katanya. Masalah komitmen alasannya... aku bukan tak boleh terima. Boleh... cuma hati aku tak dapat nak tahan la dari mempertikaikan kredibiliti kau sebagai pengarah!

Aku mahu pelakon aku tenang dan ketawa masa dia bawa watak tu. Pelakon kau pula marah2 dan menangis. Bila aku tanya kenapa? Kau boleh jawab macam ni,

"Dia selesa macam tu!"

F**k la! Sakitnya hati aku dibuat kau. Macam mana kau jadi pengarah? Minah tu pun sama. Macam mana kau jadi pelakon kalau tak nak ikut kehendak skrip dan pengarah? Tulis skrip pastu mengarah dan berlakon sendiri la! Tak payah jadi pelakon orang lain.

Bab lampu satu hal. Memadailah dengan general dan spotlight saja. Ko pakai lampu merah masa flashback dan campur lampu hijau untuk monolog tu nak buat apa? Apa yang kau nak sampaikan melalui warna merah dan hijau yang menyakitkan mata tu? Tak faham sungguh. Aku tak sepatutnya marah2 macam ni. Aku dah bagi skrip tu kat dia. Apa lagi yang aku boleh harapkan? Tapi... tak dapat nak tahan hati dari rasa kecewa sangat2! Kalau sekali tak apa... ini dah masuk kali kedua. Mana tahan! Apa pun... benda ni buat aku terfikir balik kata2 dari dua orang kawan, Si F dan Si D,

"Kau salah pilih pengarah!"

Aku tak nak sangat fikir macam ni. Tapi secara tak langsung, kau yang buat aku setuju dengan kawan2. Barangkali memang aku yang salah. Tak apalah... aku akan berusaha membuat pilihan yang baik pada masa hadapan. Atau barangkali, aku boleh mengarah sendiri!

Monday, May 25, 2009

Kemuncak Suatu Permulaan!

Tanggal 15 Mei 2005 adalah harinya di mana aku telah bergelar seorang mahasiswa yang memulakan langkah pertama untuk mengejar cita2. Euforia dan ghobar silih berganti selama empat tahun di sini sehingga aku merasa sayang juga hendak melangkah ke hadapan untuk meninggalkan akademi ini di belakang. Naskah kuning bertinta emas itu telah selamat sampai ke tangan En. Z hari ini. Segumpal nafas lega aku hela. Berat beban yang tergalas di pundak selama empat tahun ni telah sampai ke kemucaknya. Cuma ada satu fasa saja lagi yang menjadi garis pemisah antara aku dengan gelaran graduan. Viva! Itu saja yang tinggal. Lewat setahun dari yang sepatutnya tapi aku lega. Bersyukur juga tentunya! Biar lewat dari tidak.
Melewati hari-hari terakhir di sini menyebabkan aku banyak sekali mengenang. Lebih-lebih lagi, dalam aku sibuk mengusung naskah-naskah kuning yang setebal lapan salinan itu dari kereta Epool ke bilik En. Z, aku sempat menjeling ke arah 'adik-adik' yang sedang bergelut dengan temuduga untuk masuk ke sini. Aku sedang menyusun langkah terakhir sedangkan mereka baru bermula. Ironi yang kurasakan membawa aku terbang ke bilik temuduga dulu. Wajah serius En. Wan dan ramah Tuan Haji Rahim yang duduk dihadapanku masih teringat. Dengan kebaya biru berbunga putih (yg masih aku simpan) dan sebuah fail, aku pertama kali menjejakkan kali ke sini.
Hari ini, aku merasa lega yang bukan sedikit. Aku hampir berjaya menunaikan sumpah aku kepada En. Wan. Aku tak tahu kalau saudara benua suluk masih ingat tentang sumpah itu. Tapi aku takkan lupa. Sumpah yang dilafazkan di dalam kamar temuduga itulah yang aku genggam penuh sehingga ke hari ini. Yang menjadi perangsang aku mengatur langkah di sini sesungguhnya. Terima kasih En. Wan dan Tuan Haji Rahim. Tanpa penerimaan kalian, saya tak mungkin capai semua ni. Terima kasih yang sungguh-sungguh terima kasih!
Tuan Haji pernah berpesan begini,
"Alang-alang berdakwat, biar mati bersama aksaranya!"
En. Wan pula pernah mengatakan ini,
"Kalau pun tak jadi sasterawan wanita pertama satu hari nanti, memadailah dengan tidak keluar dari lingkungan penulisan ini."
Aku masih ingat wahai guru-guru. Insya-Allah, aku akan terus ingat. Walaupun aku sudah mahu mengucapkan selamat tinggal kepada dunia pembelajaran ini, kalian doakanlah aku akan mampu menyambut salam selamat datang ke dunia penulisan yang sebenar dengan lapang dada dan azam yang akan terus membara sehingga jaya. Ini adalah kemuncak kepada suatu permulaan empat tahun lalu. Usai dengannya... aku akan memulakan suatu permulaan yang lebih menjanjikan cabaran yang menuntut ketabahan tentunya. Doakan aku selamat berjaya!
Mandala ini tetap mekar dalam wirama khali. Insya-Allah!

Friday, May 22, 2009

Hal-Hal Yang Menggembirakan!

Sebagai seorang penulis, tiada apa yang lebih menggembirakan selain dari dapat melihat karyanya tersiar, diterbitkan ataupun dipentaskan. Siapa yang tak suka, setelah usai bersusah payah menukangi sebuah skrip drama pentas, ianya bakal dipentaskan pula? Transformasi dalam bentuk tulisan itu apabila divisualkan ke atas pentas pastilah akan berbeda kalau tak banyak sedikit berbanding dengan apa yang dibayangkan penulis. Di tangan pengarah, ianya akan menjadi apa yang dibayangkan oleh pengarah itulah!
Ada mulut-mulut jahat yang mengatakan begini, seorang penulis itu terlalu sensitif! Eh, hello! Siapa yang tak sensitif dalam dunia ini? Aku jenis yang tak kisah kalau skrip aku tu dicanai mengikut kemahuan pengarah, tetapi kalau sampai melenyapkan maksud asal skrip itu ditulis, bukankah memang tak patut? Aku tidak menyekat kebebasan pengarah, terpulang asalkan apa yang cuba aku sampaikan di dalam skrip itu masih ada dan boleh disampaikan pula kepada khalayak yang datang menonton. Huhuhu… terima kasih ya kepada sesiapa yang pernah menyaksikan skrip aku dipentaskan. ;-)
Malam ini pada jam lapan setengah, skrip pendekku bakal dipentaskan di Blackbox, ASWARA. Kalau sempat datanglah, ya? Ada sentimen emosi sebenarnya dengan skrip ini kerana inilah skrip pertama yang aku tulis di akademi. Skrip pertama yang dihasilkan dengan format yang betul di bawah tunjuk ajar Zakaria Ariffin. Salam terima kasih, En. Z! Salam terima kasih juga kepada Hanis Kamal, pengarah mudaku. Terima kasih ye, Along sebab sudi pentaskan skrip akak awak ni... ;-)
Harap-harap semuanya akan berjalan dengan lancar. Amin!
Skrip pertama aku yang dipentaskan tahun lepas.

Skrip aku yang bakal dipentaskan malam ini! ;-)

Tuesday, May 12, 2009

Sentimen Sebuah Pasar...!

Aku masih ingat. Seputar tahun 1996, kali pertama aku membaca novel hasil karya Ahadiat Akashah. Masa tu aku masih anak2... baru berusia 10 tahun. Abang long aku, peminat setia Ahadiat. Aku banyak diserap pengaruh Along. Kegemaran dia bererti kegemaran aku juga. Kalau dia suka KRU, aku pun suka KRU. Kalau dia suka komik aksi dari Hong Kong hasil karya Tony Wong terbitan Jade Dynasty, aku pun suka juga. Komik 'Alam Perwira' yang paling aku suka. Watak utamanya si Ji Fat tu memang cool! Jadi kalau Along sukakan Ahadiat Akashah, aku pun suka juga (masa tulah! Sekarang tidak lagi...)! Aku masih ingat tajuknya, 'Budak Rap' edisi 1 dan 2 yang kemudiannya dijadikan kompilasi 'Aku, Rapsody Dan Blues'. Kisah tentang budak2 rap di jalanan yang kotor dan berdebu tetapi rupa2nya di sebalik semua itu, mereka adalah remaja penyandang ijazah di luar negara. Bahasanya memang dahsyat. Aku sendiri keliru, apa yang cuba Ahadiat sampaikan dalam novelnya? Lupakan Ahadiat... biar dia tenggelam dengan labu2nya...
Aku cuma mahu sampaikan. Melalui buku itu, aku mengenali Central Market (CM) dan Lot 10. Aku mengenali remaja jalanan sebelum aku dewasa. Bila aku diterima belajar di akademi, percaya atau tidak, tempat pertama yang aku nak pergi adalah kedua-dua tempat ni. CM dan Lot 10. Tak tahulah kenapa... Jiha pernah bagi tahu, dulu pernah ada kes budak meninggal patah tengkuk pasal menari kat bumbung CM. Aku diam sekejap. Masa tu, aku tahulah dari mana Ahadiat dapat idea nak buat Razlan mati patah tengkuk dalam cerita 'Budak Rap' tu. Si Razlan ni meninggal pasal menari rap kat bumbung CMlah!
Hujung minggu lepas, aku temani adik comelku si Mimie buat dokumentari di CM. Kami berjumpa dengan seorang pelukis yang cool bernama Pak Ghani. Beliau tak lokek langsung. Ringan sahaja mulutnya bercerita itu dan ini. Susah payah dan jerit perih beliau dari menjadi pelukis jalanan di Masjid India sampailah berhijrah ke CM seputar tahun 1986! Oh, Pak Ghani... aku baru lahir masa tahun tu. Pak Ghani melihat transformasi CM dari sebuah pasar basah kepada sebuah pasar seni. Pak Ghani juga mengajak kami melihat bagaimana seorang penyanyi jalanan yang menjaja suara, pelukis yang melakarkan pengalaman, penjaja yang menjual kehidupan dan juga orang2 yang sekadar lalu lalang.
Aku tertarik dengan si penyanyi jalanan ini. Bakatnya aku kira jauh lebih bagus dari produk2 AF, OIAM, Mentor dan macam2 lagilah program realiti yang muak untuk aku sebut. Namun, disebalik bakat yang begitu besar... mereka sekadar menghiburkan orang2 di jalanan. Untuk aku, ini bukti rakyat Malaysia tidak sensitif! Pemilih dan tidak peka. Jangan marah ya? Itu sekadar pandangan aku.
Pak Ghani yang cool berpesan kepada aku dan Mimie... jalan ini tidak akan pernah mudah. Jatuh berkali-kali itu pasti tetapi barangkali tidak apa2 kerana pedih kekalahan akan memandu perjalanan melangkah ke hadapan. Jiwa kami harus kukuh dan tabah. Jangan pernah kenal putus asa... lalu dengan itu, pada suatu masa kami pasti akan berjaya. Terima kasih, Pak Ghani! Aku akan ingat itu. Untuk Pak Ghani dan seniman jalanan yang lain2nya... syabas aku ucapkan! Kerana kalian lebih mengenal dan memesrai kehidupan. ;-)
Singgah di Masjid Jamek

Pasar Seni... terjualkah kehidupan?

Pak Ghani yang cool!

Sempat menyibuk bersama Pak Ghani! ;-)

Monday, May 11, 2009

Rak Buku Dan Kamarku...

Lewat kebelakangan ini, aku kerap kali menjeling malas ke arah rak bukuku. Semak! Selerak bersepahan di mana2... aduh! Setiap tingkat bercelaru dengan lompang di sana sini. Dalam proses bergelut dengan PeTA, jari jemari aku ni cepat saja menarik buku-buku yang tersusun dan usai menggunakannya, aku pinggir saja ke tepi tanpa mengembalikannya ke tempat yang asal. Aku punya sistem yang tersendiri dalam mengatur buku2. Nampaknya, usai sahaja kemelut PeTA berakhir... aku punya banyak urusan dengan rak bukuku. Oh, juga kamar tidur! Huhuhu... aku jadi mereng kebelakangan ini. Tak ada 1 apa pun yang terurus. Pakaian di dalam almari pun dah semakin berkurang. Banyaknya yang terlonggok dalam bakul pakaian kotor yang tersadai di belakang pintu. Dah lama aku tak mencuci. Hambatan masa mengekang.
Laptop pun terpasang saja. Rasa2 dah panas, aku stand-by sejam dua. Kesian 'Blackie'. Banyak jasanya pada aku. Jangan risau, lepas PeTA aku bagi kau rehat cukup2! ;-) Kamar mandi macam dah memanggil2 aku. Alamatnya patah pingganglah aku memberus baju2 kotor yang melambak tu! Oh... bilakah semua ni akan berakhir?!
Blackie! Laptop yang begitu banyak berjasa kepada aku! ;-)

Baju2 yang menunggu untuk dibasuh. 2 bakul! (Buruk betul perangai!)

Ruang tulisku yang semak dengan buku2!

Rak harta karun kesayanganku yang bersepahan!

Saturday, May 9, 2009

Lagenda Sebuah Kerajaan Seni!


Seorang teman yang aku suka lakonan dan cara dia berfikir berpendirian seperti ini, “Manusia ialah haiwan sosial!” Itu kata dia... kata aku? Mari persetankan kata2 aku. Hm, apa pandangan kalian tentang pandangan temanku? Barangkali tak perlu kita bincangkan kerana bukan soal itu yang hendak aku perkatakan hari ini. Apa yang aku hendak bicarakan adalah mengenai sebuah hikayat. Bukankah kalian suka mendengar sebuah hikayat? Kalau tak suka, sila beralih ke blog lain. Di sini bukan ruangan anda!
Pada suatu masa dahulu, terdapat sebuah kerajaan besar yang diperintah dan ditakluki oleh organisasi yang terdiri daripada golongan monyet atau beruk. Kerajaan ini sebenarnya kecil sahaja pada awal kewujudannya seputar tahun 1994 namun diterajui oleh orang2 yang besar jiwanya (ketika ini belum lagi terdiri daripada golongan monyet). Namun setelah beranjak ke alaf yang baru seputar tahun 2006, kerajaan ini berubah secara besar-besaran menjadi begitu besar dan perkasa, kononnya! Malang sekali, orang2 yg besar jiwanya itu telah digantikan dengan sekumpulan beruk2 bodoh dungu tolol yang hanya tahu menjilat bontot orang atasan demi mendapat nama dan kedudukan yang lebih menjanjikan. Rakyat jelata melarat dan dipinggirkan, malah dilayan sesuka hati seperti sekalian rakyat jelata ini tidak berperasaan ataupun berhak mendapat pembelaan serta penghargaan. Bukan rakyat sahaja, malah sesetengah pembesar dan orang2 atasan yang masih besar jiwanya turut diperkotak-katik semahu hati. Mereka dilayan seperti sampah sarap yang tiada nilai. Paling teruk sekali tentulah BAPAK BERUK yang duduk di atas singgahsana. Tahunya angguk2 dan geleng2 sahaja... sekali-sekala garu2 bontot tanda tak tahu apa2! Sudahlah asal usulnya bukan dari golongan atasan, tiba2 sahaja jadi pemerintah di sini. Bingai!
Pada suatu hari, sekalian rakyat jelata dipanggil bersidang. Bukan sidang sebenarnya sebab pihak pemerintah sudah pun berkeputusan dan rakyat dipanggil mendengar sahaja. Begini, pihak pemerintah mendapati rakyat jelata sudah banyak menghabiskan duit kerajaan dengan bayaran elaun akhir sebanyak RM200 dan belanja makan dan minum yang terpaksa ditanggung setiap kali sebarang aktiviti dijalankan. Pihak pemerintah membuat keputusan yang tiada lagi elaun yang akan diberikan kepada rakyat, berkuatkuasa serta merta. Malah, mereka mengatakan yang mereka sudah cukup berperikemanusiaan dengan memberikan makan minum kepada rakyat. Dasar beruk bebal yang berhidung tinggi! Sombong benar kata2nya... Hey, beruk pemerintah! Selama ini pun, sekalian rakyat jelata tak pernah mati kebulur kalau tak makan di istana. Kalau berkira sangat, tak payah bagi makan terus! Rakyat boleh hidup juga.
Selama ini, kalau istana mengadakan keramaian, terutamanya gema merdeka yang ada setiap tahun tu, rakyat inilah yang bertungkus-lumus demi menggemilangkan nama kerajaan. Setiap titis keringat dan susah payah yang rakyat korbankan pernahkah dibalas? Sesen pun rakyat tak dapat! 3 tahun berturut-turut! 1 SEN PUN TIDAK! Lagi 1, kalau istana anjurkan keramaian dan tak ada orang yang datang, rakyat dikerah ke istana dengan kata2 yang cukup menyakitkan telinga dan jiwa. Dikerah seperti lembu dan kambing ke panggung. Tapi kalau ada tamu yang diundang datang, rakyat dihalau seperti kucing kurap. Adakah?
Cakap banyak pun tak guna (waima memang dah banyak)! Tak habis kalau nak diwartakan duka rakyat di sini. Kepada sekalian beruk2 terutamanya BAPAK BERUK, janganlah terlalu meninggi hidung dan melayan rakyat seperti sampah sarap. Kami pun ada perasaan ingin dihargai sebagai mahasiswa. Kami menuntut di sini dengan hasrat menggapai cita2 dan dikalungkan dengan gelaran graduan yang berjaya. Jangan melayan kami sepertimana anda tidak mahu dilayan kerana pada suatu masa, anda akan merasa apa yang kami rasa!
Sekianlah apa adanya...

Thursday, May 7, 2009

Cerita Tentang Kebakaran Dan Kesannya Terhadap Aku!


Ramai yang mengomel, dalam nak pecah kepala pun aku masih sempat berblog. Sebenarnya bukan apa, bila sedang bekerja, aku secara automatiknya hilang idea untuk berkarya. Bukan persekitaran di tempat kerja yang menjadi masalah sebaliknya kesibukan bekerja yang menjadi punca. Tumpuan aku cukup terganggu bila melayan kerenah budak2 ni. Jadinya memang tak boleh nak menulis. Maka, berbloglah aku seenaknya!

Hari ni aku cukup bengang! Mana tidaknya? Baru sejam aku masuk kerja, tiba2 orang yang buat kerja2 baikpulih minta jasa baik aku tutup cc. Seminggu yang lepas, kotak suis utama meletup dan terbakar. Hari ni baru nak baiki. Lalu satu wing aku perlu ditutup bekalan elektriknya. Sudahlah masa tu ramai budak, aku pun tengah seronok beronline dengan kawan2. Punyalah susah aku nak pulangkan balik duit budak2 tu. Lepas tu, janji nak tutup sejam (dengan nada berlagaknya mamat tu cakap yang diorang bekerja dengan pantas), alih2 sampailah masa aku menulis entri ni, masih belum sudah lagi. Aku paling tension pasal gaji. Aku ni dibayar mengikut jam. Tak ke senak aku bila hari ni aku sempat kerja sejam saja? Aduh, tekanan aku dibuatnya!

PeTA dan makin dekat. Banyak kos yang diperlukan untuk kerja2 membinding dan sebagainya. Nak harapkan ASWARA (yuks, aku masih geli menyebut ini), memang tidaklah! Awal2 lagi, pegawai IT yang 'baik budi' tu bagitahu yang printer tak akan dibaiki sampailah kami selesai PeTA. Adakah? Kepada warga2 seni di luar sana, adik2 yang bercadang nak masuk ke akademi ini, berfikirlah beratus2 kali. Bukan kerana kualiti pendidikannya... tetapi pengurusannya yang memang macam s**l! Silalah membuat keputusan yang bijak ye?

Monday, May 4, 2009

Mak, Makcik Atau Kakak?

Pernahkah korang mengalami desakan perasaan atau situasi di mana korang kelihatan lebih tua dari usia sebenar? Ini merujuk kepada pandangan orang lain la maksud aku. Pernahkah korang rasa kalau keluar dengan kawan2, korang akak kelihatan seperti mak diorang ataupun paling cikai sekali, kakak sulung diorang yang tak kahwin2 lagi walaupun nampak macam dah ada 3, 4 orang anak? Ataupun memang korang tak pernah berada di dalam situasi begini sebab korang dah sedia cantik, jelita, comel dan cute? Huhuhu... kalau begitu, jangan teruskan pembacaan terhadap entri ini kerana anda tidak akan memahami apa yang ditulis di sini. Sila ke blog lain. Huhuhu! ;-p Bagi yang pernah merasai permasalahan di atas, jangan risau. Anda barangkali bukan yang paling teruk.
Aku pernah naik sebuah teksi ni untuk balik ke rumah pada suatu malam. Dan mamat yang bawa teksi tu punyalah ramah dan kelihatan sangat kagum+berminat apabila tahu yang aku baru pulang dari menonton teater di stor DBP. Dia bertanya tentang pekerjaan aku dan bila aku katakan yang aku tengah belajar di sebuah akademi seni, dia cepat2 bertanyakan umur aku. Dan aku balas dengan bertanyakan umur dia terlebih dahulu, dia menjawab,
"Oh, saya baru 29 tahun, kak!"
Aku senyum saja. Tak tahu nak cakap apa. Dia pun tanya sekali lagi tentang umur aku. Sambil tersenyum aku pun jawab,
"Akak dah 21..."
Mamat tu punyalah tersentak sampai dia brek teksi tu tiba2. Aku cool saja, pasal masa tu dah pukul 12 lebih. Mana ada kereta lagi di jalanan. Kalau tak, mau ke wad kecemasan kami malam tu! Dia brek tengah2 jalan kot! Dua tiga kali dia pandang belakang sambil cakap,
"Akak cakap 21 ke 31?"
Aku senyum lagi. 21 aku ulang. Dia dengan muka merah dan penuh rasa bersalah cepat2 minta maaf dengan aku. Aku tak marah pun. Apa nak kecoh? Adik comelku Mimie tu pun pernah dianggap sebagai anak aku oleh seorang teman. Teman tu bertanya kepada Mimie,
"Tu mak awak ke?"
Budak2 sekolah menengah kat flat yang aku tinggal tu pun semuanya panggil aku 'makcik'. Malah, masa aku belajar kat UPM dulu pun, ramai yang ingat aku ni pensyarah dan panggil aku 'doktor' atau 'prof' (pasal masa tu aku kena pakai baju kurung). Percaya tak? Huhuhuhu... rasa nak gelak pun ada. Pernah juga dengan seorang pemandu teksi yang lain lak, dia ala-ala macam nak menggatal dengan aku. Dah tua orangnya! Ingat la anak bini kat rumah, pakcik oi! Macam2 dia tanya... tapi bila aku jawab yang aku dah kahwin dan ada 4 orang anak, dia terus diam. Maknanya dia percayalah, kan? Dulu masa aku ada BF, ramai orang selalu ingat BF aku tu, adik aku. Bukan sorang tapi semua ex-BF aku orang selalu ingat adik. Tua sangat nampaknya aku ni. Aku melalui satu transformasi berpakaian selepas duk kat umah sewa. Dulu, aku senang dengan t-shirt dan jeans sahaja. Selekeh betul! Tapi aku selesa. Ramai yang kritik cara aku berpakaian tapi aku peduli apa? Janji aku selesa. Bila duk umah sewa, kawan2 bagi galakan untuk berubah. Sesetengah perubahan buat aku selesa, tapi sesetengahnya tidak! Aku rindu zaman aku selekeh dulu. Sekarang pun tak adalah cantik sangat tapi bolehlah... lagipun susah nak pakai cantik2 bila gemuk macam ni! Huhuhu... ;-) Kadang2 bila aku renung dan fikir balik, tak apa2 pun jadi begini. Aku masih selesa dengan diri aku sendiri dan kalaupun tak ada orang berkenan dengan aku hanya kerana aku selekeh, gemuk dan nampak lebih tua dari usia, tak apalah! Kalau kesukaan itu harus bersandar kepada luaran, luaran akan berubah. Buat masa ini, aku masih suka pada diri aku yang begini. Tapi esok2 tak tahulah! Aku berdoa supaya masih suka... kerana aku cukup selesa! ;-)

Sunday, May 3, 2009

Dari Emansipasi Azad Kepada Skeptis Wazien Dan Rapsodi Rasydan!


Teman-teman,
Lebih dua dasawarsa lamanya
Kita gigih merenangi jeladari eksistensi bersama
Kita jejaki yang kamil dengan nyali sarat dengan tekad,
Antara emansipasi aku dan skeptis Wazien...
Saur dengan rapsodi Rasydan,
Kita takhlik kehidupan dengan tonil paradoks,
Prioriti kita terhadap afsun kamil,
Barangkali tidak parallel dengan jalan terala
Namun kita masih sungkang berpaling.
Andai suatu hari nanti,
Aku menjadi dedaunan yang lerah mencium bentala.
Kerana vitaliti yang disesap fatal
Lalu lampus bersemadi di dalam tabela
Relakan pemergian aku dengan sepotong kemaafan
Tiada pengkhianatan yang aku lakukan
Hanya kasih sayang di ruangan yang paling dalam
Salam kesetiaan tetap aku hulurkan
Selamat tinggal teman-teman
Mandala ini tetap mekar dalam wirama khali...
P/s : Teman2... terutamanya Benua Suluk, sila bagi komen salah betul pemahamanku ini... Takutnya!

Ingin Menjadi Protege?

Beberapa minggu lewat kebelakangan ini, blog teman-teman yang aku singgah rata2nya berkongsi cerita tentang PeTA. Projek akhir yang sedang kami usahakan dengan keringat yang mencurah2 dan otak yang semakin nak pecah! Aku sendiri bagaimana? Sudah berapa bab? Sudah berapa muka surat? Itulah persoalan yang sering berlegar2 d sekeliling aku sekarang ni. Nampak saja muka aku, itulah soalan yang ditanya sampai aku jemu menjawab. Aku senyum saja. ;-) Mental block la, bingung la, tak tahu nak tulis apa lagi la, takut tak cukup page la... macam2 masalah yg timbul menambah beban perasaan. Tapi aku masih tenang. Kalau tertekan sampai nak bersepai otak pun apa faedahnya? Kerja tak siap juga. Dalam tenang2 aku pun, aku terpaksa pantas bergerak memandangkan kerja aku masih banyak sedangkan masa yang tertinggal hanya berbaki lagi sedikit. Kadang2 sayu hati melihatkan kerja2 yang dah aku siapkan namun masih belum diselia. Aku tahu aku salah tapi aku ada alasan aku. Sayu lagi rasa hati melihatkan kerja2 teman yang sudah diselia. Yang sudah dibetulkan di sini-sana. Yang sudah ditegur kuat lemahnya... apa boleh buat. Sudah nasib badan. Beberapa menjak ni, aku galak benar bereksperimen dengan bahasa. Galak bertukar ghairah, melambak-lambak perkataan eksperimen yang aku gunakan. Bila dibaca kembali, ghairah aku bertukar takut. Bimbang sungguh kalau aku salah menafsir erti perkataan2 yang aku gunakan sekaligus salahlah juga ayat2 aku jadinya. Maklumlah, semua urusan PeTA aku di tangan aku 100%. Malang sungguh! :-( Bila macam ni, aku dah terbayangkan semasa viva nanti aku akan ditembak dengan M16 bertalu2 sampai hancur berderai jasad ni... Aku sebenarnya tenggelam dalam jeladari kesmaran tulisan seorang penulis yang ku anggap sebagai mentor aku. Tapi penulisan eksperimen aku ni jauh la kalau nak dibandingkan dengan penulisan mentor aku yang memang dah superb tu! Kerdil benar aku ini... Aduh la! Macam nak hilang akal juga aku dibuatnya... Aduh la!

Tuesday, April 28, 2009

Kepulangan... ( Preview PeTA' 09 - Kamil Hijrahmu )


Gema gempita yang memecahkan maya
Nyaring bersuara menenggelamkan sunyi yang beraja
Seluruh dewata raya terbingar suara
Yang rancak melaungkan suku-suku kata
Yang mempersoalkan letak duduk aku di muka dunia
Yang kembali membuatkan aku tertanya-tanya
Siapa aku? Siapa dia? Siapa kita? Siapa mereka…?
Bila ditanya : Apa? Mengapa? Siapa? Bila? Bagaimana?
Dan kemuncaknya, kenapa?!
Kau pandang aku dan aku lihat dia…
Dia tengok kita dan kita merenung mereka!
Siapa yang mahu menjawab soalan yang ditanya?
Siapa Pencipta dan apa yang dicipta-Nya
Dia menciptakan Adam a.s dari zat tanah yang mulia
Terciptanya Hawa sebagai suri Adam di syurga
Dan akhirnya tercampak ke dunia sebagai takdir dari-Nya
Lalu daripada cinta Adam dan Hawa
Lahir kita selaku khalifah-Nya di muka dunia!
Aku, dia, kita dan mereka…
Semuanya manusia yang sama mengalir darah yang merah mewarna
Hari ini bernyawa dan kemudian di suatu masa,
Akan kembali pulang kepangkuan Pencipta Yang Maha Esa
Tatkala sampai detik waktu dan ketika
Adakah kita sudah benar bersedia?
Maut yang menjemput takkan sekali-kali bertanya :
“Hai, anak Adam! Sudahkah bersedia untuk ditarik nyawa?”
Kita tak buta, tetapi gagal melihat nur cahaya
Kita tak tuli, tetapi gagal mendengar laungan suci yang bergema
Kita tak bisu, tetapi gagal melafazkan khalimah-khalimah mulia
Kita sempurna lahir di dunia
Tetapi cacat dalam amalan menuju ke sana…
Dalam sehari-hari kita menghela nafas dengan sempurna
Adakah telah kita kerjakan segala urusan yang diperuntukkan-Nya?
Dalam perjalanan kita untuk pulang ke sana…
Apa yang telah kita lakukan untuk menjamin syurga,
Dan apa yang kita tinggalkan untuk menjauhkan neraka?
Dunia hari ini semakin tua…
Dan usia kita juga tidak semakin muda!
Tiap-tiap degup jantung yang menandakan kita masih bernyawa
Tiap-tiap hembusan nafas yang masih dapat dihela
Bukankah patut kita mensyukuri nikmat dan ehsan-Nya
Kita tak selamanya hidup di dunia,
Gema gempita yang memecahkan maya
Hari ini bergema; esok mungkin kiamat tiba
Dan sakaratul-maut tak pernah alpa menyapa
Kembalilah ke pangkal sebelum masa terlewat tiba
Jadikanlah kepulangan kita kepada-Nya
Kepulangan yang diredhai dan membawa khabar gembira
Dan semoga bersih segala jiwa
Bersama terhapusnya dosa-dosa
Ya-Allah, berikanlah pengampunan kepada hamba
Dan bawalah aku pulang dengan jiwa yang suci dari segala noda!
Amin…!

Cahaya Yang Diredhai Dan Disayangi

Engkau memahkotakan aku dengan sebaris nama,
Bersama tinggi harapan dan sepotong doa,
Moga aku diselimuti cahaya
Tenggelam dalam redha Yang Maha Esa…

Aku kerdil dalam kandilmu, bonda
Aku hangus dalam dianmu, ayahanda
Aku hilang dalam lautan kasihmu
Aku diterbangkan bayu cintamu!

Nyawa taruhan bonda,
Untuk membawa aku ke atas dunia…
Keringat yang dibanting ayahanda
Demi meneruskan nafas yang kuhela

Hari ini selepas 23 tahun berlalu,
Aku mengenang duri yang kutancapkan pada sukmamu
Aku tak mampu
Mengembalikan masa lalu

Kau masih mengasihiku seperti dulu
Syurga tetap kau simpankan untukku
Seperti kasihmu yang tak tersentuh puncaknya
Membuatkan aku tunduk mengucup telapak kaki bonda!

Aku adalah cahaya yang diredhai
Permata yang disayangi diqalbi ayahanda
Hutang yang kupikul atas setiap titis keringatmu
Membuatkan aku tunduk ganti memikul bebanmu!

Tuesday, April 21, 2009

B++ Untuk Haris Fadilah!


Hari Sabtu dan Ahad yang lepas, aku sekali lagi sempat menyelitkan diri bersama adik comelku, Mimie, sahabatku, Jiha dan 'anak2 angkatku', Dani dan Memey ke Panggung Eksperimen ASWARA bertujuan menyaksikan Bangsawan Haris Fadilah. Punyalah sesak satu panggung tu pasal tempat duduk di sebelah kanan telah ditutup untuk pemuzik (menyerlahkan kebodohan pengurusan ASWARA). Pada malam Sabtu, aku, Jiha dan Mimie terpaksalah berdiri selama setengah jam pasal gigih nak menonton. Lepas setengah jam tu, dapatlah duduk. Tu pun kejap2 kena berdiri pasal tak nampak. Akhirnya, berbaki lagi 3 babak terakhir, aku akhirnya ditarik oleh Kak Elis untuk bersila di depan sekali (terima kasih kepada Kak Elis). Aduhlah...

Keseluruhan untuk show ini, aku boleh merumuskan sebagai bagus. Bagus sangat tu tidaklah, tetapi baguslah! Kualiti lakonan serta muzik berada di tahap baik. Kira puas hati jugalah. Cuma yang tak puas hatinya dengan pengurusan ASWARA. Tak rasa kesian ke buat budak2 tu macam tu. Apalah salahnya kalau pentaskan Bangsawan ni di Panggung Bandaraya, macam tahun yang sudah2. Ini tidak! Punyalah sesak panggung! Lepas tu, khalayak pula duduk depan muka pelakon, termasuklah Rektor.

Hari kedua, tak segah hari pertama. Walaupun watak heronya dilakonkan oleh jiran aku yang paling cool! Huhuhu... (Fizie, lakonan ko memang mantap!) Tapi heroinnya pula yang potong mood aku. Punyalah laju dia berdialog sampai si Mimie terkeluar ayat,

"Oi, ada anjing ke yang tengah kejar kau?!"

En. Jeff dan Pn. Kushee dah gelak2 dekat sebelah. Macam2 hal. Kurang2 masa hari yang pertama tu, terasalah juga perasaan antara Tengku Haris Fadilah dan Siti Zawiyyah tu. Tapi hari ke2, bubye! Tak sempat nak rasa apa dah! Tapi dari segi lontaran vokal, hari kedua lebih baik. Satu lagi, gaya pelakon. Lebar benar bukaan tangannya sampai kami ni asyik ketawa sebab tu saja. Habis seorang melebarkan tangan, seorang lagi pula menyambung melebarkan tangan. Lebar benar! Bukan separuh2... Huhuhu! Nak gelak pun ada. Tapi keseluruhannya, aku boleh bagi B++ la (lagi sikit nak A-) untuk produksi ni. Aku suka! ;-)




Wednesday, April 15, 2009

Putih Dan Putih Dan Putih Lagi...


Hari ini aku melihat putih di mana2...
Kau putih, aku putih, dia putih;
Mereka pun putih juga!

Hari ini aku melihat putih di mana2...
Tiba2 qalbi terbetik kata tanya;
Putihkah jiwa?

Hari ini aku melihat putih di mana2...
Kau putih, aku putih, dia putih;
Mereka pun putih juga!

Tapi aku merasa,
Lebih baik hitam sahaja...
Legam tanpa pura2!

Monday, April 13, 2009

Tukar Nama Lagi... Lagi2 Tukar Nama!

Semalam aku duduk minum2 dengan member2... dalam duduk2 tu, adik comelku ni tanyalah pasal timbalan PM sekarang ni. Aku cakap tak tahu siapa! Aku tak nafikan, aku memang macam katak bawah tempurung. Tak baca surat khabar... tengok Buletin Utama pun tidak! Bila PM bertukar pun aku tak tahu! Sedar2 muka Najib dah terpampang sebagai PM ke-6 Malaysia. Aku bukan apa, dulu kalau korang tengok berita jam 8, mesti macam2 hal-ehwal semasa yang tersiar... Seronoklah juga hati! Ambil tahu hal rakyat jelata... susah kat sini atau senang kat sana. Tapi sekarang ni, setengah jam yang pertama saja dah cerita pasal politik. Orang parti ini buat itu, orang parti itu lancarkan ini... Orang parti sana buat rusuhan kat sini, orang parti sini pula buat kebajikan dekat sana! Bosan sungguh!!! Aku bukan haluan kanan... kiri pun tidak! Duduk atas angin saja. Mak ayah dan kawan2 kata aku tak ada pendirian, tapi biarlah! Dua2 pun aku rasa tak betul!
Aku bacalah kabinet Malaysia 2009... saja nak ambil tahu. Kalau MHI atau Wakenabeb datang tanya aku tiba2, aku taulah juga nak jawab tanpa malukan diri sendiri. 1 benda yang aku suka ialah, Y.B. Dato' Seri Utama Dr. Rais Yatim dah kembali ke kementerian kami. Yalah, aku rasa beliau je yang serasi dengan kementerian ni. Tapi yang aku berbulunya... kementerian ni tukar nama lagi! Aduh, tak ada kerja lain ke selain dari duduk tukar nama kementerian saja! Dari Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan jadi Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Lepas tu jadi Kementerian Perpaduan, Kesenian, Kebudayaan dan Warisan. Sekarang ni dah jadi Kementerian Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan pula! Macam cut and paste. Macam2 hal... bosan betul!
Apalah yang ada pada nama? Macam akademi kami juga... dulu dah elok2 namanya Akademi Seni Kebangsaan. Perkataan 'seni' itu sendiri dah cukup kuat! Tapi tukar pula ke Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan... panjang berjela! Nak bawa sangat nama kementerian. Apakah? Dekat Malaysia ni, budaya tukar menukar nama dah jadi satu trend! Tak tahulah apa tujuannya... kualiti dulu yang penting! Nama bukan soal... setujukah anda?

Saturday, April 11, 2009

Makyong ke?


Semalam aku dan Kak Wani sempat la menyelitkan diri ke Panggung Eksperimen ASWARA untuk menonton Makyong. Punyalah teruja aku nak tengok pasal pengarahnya bukan lagi yang selalu tu, tapi pembantunya. Kira naik pangkatlah, pembantu jadi pengarah dan pengarah lak jadi penasihat. Aku dah dengar macam2 haru-biru sebelum show. Antaranya, produksi budak2 tahun 3 kali ni dibahagikan kepada 3. Tak macam tahun2 sudah yang ada 1 produksi saja. Ceritanya pun bersambung2... kira 3 malam tu bukan cerita yang sama la. Macam2! Bila dah menonton, aku jadi sesat. Apa punya Makyong ni? Kata Epool, member aku,


"Diorang buat Makyong avant-garde kot, N!"


Rupanya dia pun fikir benda yang sama dengan aku. Yelah, masa produksi Makyong kami tahun lepas tak adalah buruk sampai macam ni sekali. Bayangkanlah, bila dah 3 produksi bawa cerita yang berbeza (walaupun bersambung2) cukup untuk memeningkan kepala khalayak. Ni watak yang mana? Siapa pula dia ni? Macam2 la persoalan yang timbul! Cara mereka menari pun keras semacam (mana taknya, lelaki kena menari tarian perempuan) sebabnya untuk Produksi Muzik pada malam kedua, tak cukup perempuan! Bayangkanlah! Malam pertama untuk Produksi Filem dan Tari pula, merayakan pondan! Pening... pening... pening! Malam ni pula, Produksi Penulisan dan Teater. Tapi aku kena kerja. Tak boleh pergi tengok. Satu hal yang buat aku terkilan, adalah set. Semua pun sedia maklum, Makyong tak memerlukan set yang macam2 seperti Bangsawan. 3 perkara yang paling utama adalah bulatan, tempat pemuzik dan tempat jong dondang. Paling penting sekali tentulah bulatan! Selalunya orang lukiskan bulatan tu cantik2... ini tak! Lukisannya terlalu simple. Macam buat nak tak nak saja. Satu lagi, suara pelakon. Satu apa pun tak dengar. Macam bercakap sesama sendiri saja. Aduh! Tekanan betul. Jong dondang pun satu hal. Seluruh pelajar tahun 3 yang tak berlakon pergi jadi jong dondang. Bunyi suara diorang pun dah bergema satu panggung. Bingit! Pulak tu, duduk bergurau senda, bersembang, keluar masuk sesuka hati... oi, hormatlah sikit pada khalayak yang tengah tengok awak ni! Aduh, tak dapat nak cakaplah! Kecewa rasa hati... Paling penting, aku tak salahkan pelakonnya... pasal diorang dah buat yang terbaik! Siapa yang salah, sendiri mau ingatlah...!

p/s : Mungkin betul cakap Epool! Diorang buat Makyong avant-garde agaknya!

Monday, April 6, 2009

Bukan Milikku...!

Saat kau padamkan namamu dari hatiku
Saat itulah kau menarik keluar jantungku dari tempatnya
Saatnya degup tidak lagi bererti...
Kosong!

Dimensi 143 ini telah mati
Ruang Ai ini telah lampus
Bersama jantung yang tertarik keluar...
Kematian!

Hari majlis pengkebumian berlangsung
Kau tidak mengisi ruang yang kosong
Lalu aku langsung...
Rentung!

Lagenda Negeri Atas Angin!

Hari ini aku mahu bercerita lagi. Kali ini, Hikayat Si Ego dan Si Tolol! Tersebutlah kisah di sebuah kerajaan Atas Angin, terdapat seorang Sultan, Tuah dan Jebatnya. Tuah seperti biasa, dalam mana2 kisah pun akan tetap memegang watak Si Tolol yang menjilat bontot! Sultan juga seperti biasa akan jadi Si Ego yang hanya tahu memberi dan mengungkit. Si Jebat juga tak ada bezanya, tetap menjadi pemberontak jalanan yang cuba mencari dan menegakkan kebenaran.
Tuah telah dihukum kerana mendapati beliau telah melakukan kesalahan. Lalu Jebatlah yang sentiasa berada di sisi, menemani dan memberikan kata-kata semangat. Oh, pada ketika ini Tuah marah benar pada Sultan. Katanya, Sultan telah mencemarkan maruahnya. Sultan tak adil kerana menghukumnya begitu sedangkan selama ini beliau telah taat setia benar terhadap Sultan. Kenapa Sultan melayan beliau begini?
Mendengarkan rintihan Tuah, darah panas Jebat segeralah menggelegak. Lalu Jebat tekad melangkah ke istana demi menuntut bela atas maruah Tuah yang kononnya telah dipermainkan. Melangkahlah Jebat bersama Dang Wangi. Tetapi, alangkah sakitnya hati Jebat apabila sampai sahaja di istana. Tuah sedang bergelak tawa bersama Sultan. (Sebenarnya Sultan sahaja yang bergelak tawa sedangkan Tuah sedang menjadi badut sarkis dan membuat lawak-lawak bodoh). Apabila ternampak sahaja Jebat, Tuah segera memohon ampun ke bawah duli untuk beredar seketika lalu menarik Jebat di balik sebuah pohon.
"Apa ni, Tuah? Kau cakap marahkan Sultan sebab hina kau?"
"Sultan dah berbaik dengan akulah, Jebat. Dia dah cakap elok2 dengan aku. Aku tak bolehlah nak marah2 lagi."
Jebat tetap Jebat! Peduli apa Tuah dah lembut hati?! Jebat pun tetaplah bersemuka dengan Sultan. Sultan yang diserang Jebat dengan pertanyaan yang bertalu-talu itu teruslah kelu lidahnya. Sultan pun tetap Sultan juga! Menjawablah baginda dengan jawapan2 tipikal yang tak boleh diterima dek akal yang waras. Jebat mulalah nak mengamuk. Tetapi alangkah ironinya apabila Tuah segera membela Sultan.
"Aku faham perasaan Sultan. Baginda tengah bengang masa tu..."
Meluat betul Jebat dan Dang Wangi dengan jawapan bodoh si Tuah tu. Lama2, Jebat malas dah nak melayan makhluk dua orang ni lalu Jebat tikam sahaja kerisnya ke dada Tuah dan Sultan sekaligus. Menyampah sangat dah! Lalu pulanglah Jebat dan Dang Wangi ke kediaman mereka lalu hiduplah mereka berdua aman damai dan bahagia hingga ke akhir hayat.
p/s : Ada ke hikayat macam ni? Tepuk dahi, tanya kawan2 yang tahu...

Friday, April 3, 2009

Kata Seorang Lelaki!

Kata seorang teman yang kupanggil sebagai Mr. KK, "bukan rupa paras atau bentuk badan yang dipandang, sebaliknya sopan santun dan elok perangai yang membuatkan hati berkenan." Aku terasa sentap ke hulu hati. Bondaku yang tercinta, selalu berkata demikian kepada aku. Hal ini adalah kerana aku ini bersifat 'jantan' benar! Mana tidaknya, adik-adik dan abangku adalah lelaki. Jadi aku membesar dalam dunia yang penuh kasar secara tidak langsung. Bonda selalu menegur cara jalan, cara bertutur dan juga perlakuan aku. Katanya, nak harapkan rupa memang kuranglah (namun aku bersyukur kerana masih sempurna). Jadi sikap dan tutur yang sopanlah yang dipandang orang. Aku selalu pekakkan telinga bila bonda bercakap. Dah aku memang macam ni, nak berubah jadi perempuan Melayu terakhir macam mana? Tapi, bila hari ini, Mr. KK juga katakan hal yang sama gara-gara aku marahkan mamak roti canai yang acuh tak acuh melayan kami (juga kerana aku hampir menumbuk mamak 'tu), aku terfikir kembali kepada kata-kata bonda. Aku akui, aku memang kasar serba-serbi. Mungkin sebab tu ramai yang kurang gemar berdamping denganku. Tapi, perlukah aku berubah? Sayu juga rasa hati...

Wednesday, April 1, 2009

Sebuah Cerita Luka 2...

Pernahkah kalian mempunyai teman yang kalian fikir sudah cukup memahami kalian, tetapi ternyata kalian silap?! Mungkin pernah, mungkin juga tidak. Untuk apa kita berteman? Barangkali untuk berkongsi susah senang... atau juga barangkali untuk memastikan yang kita tidak bersendirian di atas muka bumi ALLAH ini. Semua orang mempunyai pandangan tersendiri. Untuk aku, teman-teman adalah anugerah-NYA. Aku sentiasa berusaha untuk menghargai teman-teman di sekeliling. Kadang-kadang aku terlajak menghargai sehingga terlanjur mengasihi. Mengasihi dengan perasaan yang paling halus. Aku lebih rela hilang kekasih... hilang kekasih, teman masih ada di sisi. Tetapi, kalau hilang teman? Apa lagi yang tertinggal...?
Semalam, aku terasa seperti tertusuk duri. Sakitnya, Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui. Di mata seorang teman, aku dilihatnya begitu rendah. Jahat benar aku merasakan diri ini. Lama sudah bersama. Lama sudah berkongsi susah senang... tetapi ternyata tempoh selama itu masih belum cukup untuk kami saling mengenal dan memahami. Aduh! Sakitnya terasa merunjam hati.
Sejak semalam... aku jadi sedikit fobia untuk berteman lagi. Kukatakan begitu kepada adik comelku, Mimie. Aku tak sanggup lagi mengasihi teman-teman dan kemudian dilukai begini. Kata Mimie, janganlah kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Lagi katanya, aku barangkali tidak perlu rawan hanya kerana teman seperti itu. Mungkin Mimie benar... aku akui itu. Namun lukanya masih terasa. Untuk teman-teman, ikhlas kukatakan demi Tuhan! Aku tidak pernah terfikir untuk membawa kalian ke suatu jalan yang merosakkan. Aku jujur bersahabat dengan kalian tanpa ada niat untuk mengkhianati kalian. Jangan hukum aku begini hanya kerana aku mengasihi kalian. Mengertilah... jangan lukakan aku begini....

Monday, March 30, 2009

Sebuah Cerita Luka...

Hari ini aku ingin bercerita. Di sebuah tempat yang tinggi, terdapat sebuah rumah kecil yang didiami oleh lima orang gadis. Rumah kecil ini dianggap seperti syurga untuk mereka lalu mereka berlima menamakan rumah tersebut sebagai Heaven House. Di sini, mereka berlima hidup aman damai seperti adik beradik. Namun penghuni kedua rumah ini yang bernama Si E, selalu sahaja bersikap menyinggung perasaan teman-teman yang lainnya. Pada Si E, beliau sentiasa berada di pihak yang benar. Si E pernah berkata begini kepada Si W,
"Kak W, akak ambil gambar macam ni dah nampak macam pelacur!"
Padahal, Si W cuma possing atas katil dengan memakai singlet sahaja. Apalah yang nampak macam pelacurnya? Bukan ada jantan pun atas katil tu! Sentaplah hati sekalian teman-teman lain yang ada semasa Si E berkata demikian, terutamanya Si M dan Si N. Kerana Si W adalah kakak kepada Si M. Pada suatu hari yang dingin pula, Si E berkata begini kepada Si M dan Si N,
"Korang berdua ni tak merangsang kita untuk belajar! Tak macam masa kita duduk dengan Si Kak R..."
Sentaplah pula nurani Si M dan Si N. Apalah yang mereka berdua buat sampai Si E perlu mengeluarkan kenyataan seperti itu? Si N dan Si M tak nafikan yang mereka berdua belajar tak segigih Si E, tetapi setahu Si N dan Si M, mereka berdua tak pernah pun menganggu Si E belajar. Tapi tak apalah, demi teman yang dah dianggap seperti adik-beradik, tak inginlah mereka berdua bertengkar dengan Si E. Setelah hampir setahun, tinggal bersama... Si E akhirnya membawa diri ke pertapaan. Beliau mahu menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajarannya. Beliau tak mahu tinggal di rumah, sebaliknya tinggal di sebuah gua yang dihuni oleh 6 orang lagi ( ini kerana di rumah tinggal Si N dan Si M yang tidak merangsangnya untuk belajar ). Tak apalah... tinggallah mereka berempat di Heaven House mereka. Pada suatu hari, pulanglah Si E ke rumah untuk menjenguk teman-teman yang ditinggalkan. Namun, apabila mendapati suatu tragedi telah terjadi ( pada pandangannya seorang sahaja ), mengamuklah Si E tak terhingga. Kononnya, teman-teman yang ditinggalkannya telah berbuat cemar. Melakukan suatu perkara yang menyusahkan orang dan menyusahkan masyarakat sahaja. Sehinggakan pada Si E, kalau tak ada kawan-kawan macam Si H dan Si N pun tak apalah! Si N dan Si H bukan kawan-kawan yang boleh membawa Si E ke jalan yang baik! Si M yang tak ada kena-mengena pun dapat tempias yang sama. Kasihan Si M. Kasihan lagi Si H dan Si N. Rasanya tak kena Si E mengamuk begitu. Kata Si E,
"Kenapa korang buat macam ni. Kenapa korang sanggup buat macam ni?"
Si N dan Si H bingung terus. Adakah mereka berdua hisap dadah? Ataupun adakah mereka berdua pergi melacurkan badan? Sampai Si E mengamuk gila begitu. Si M yang tak ada kena mengena pun jadi bingung. Si E kata, masalah Si N dan Si H kecil sahaja kalau nak dibandingkan dengannya. Pada Si N pula, masalah mereka berdua lagi berat dari masalah Si E. Sebenarnya Si E tak ada masalah pun! Masalah Si E sengaja dicipta oleh dirinya sendiri. Ibu lebih agung... lebih besar dari semua yang manusia ada. Si E tak nampak tu. Pada Si N, Si M, Si H dan Si W, Si E memang buat pilihan yang salah. Si E selalu rasa dirinya betul. Tapi Si E salah... salah sebab taknak akui dan sedar yang beliau juga buat salah. Si H anggap Si E macam kakaknya sendiri, sampai sanggup ceritakan rahsia terbesar dalam hidupnya kepada Si E kerana Si E janji akan menyimpannya sampai mati. Tapi belumpun Si E mati, beliau dah pun ceritakan rahsia tu pada Si N dan Si M. Tergamak Si E! Kasihan Si H... kerana salah percaya pada orang!!! Si E ada kawan baik, namanya Si S. Si S ni punyalah anggap Si E ni sebagai kawan yang paling baik dalam dunia tapi di belakang Si S, Si E mengutuknya depan Si N, Si M, Si H dan Si W. Ada ke? Paling menyakitkan hati, Si E dah janji yang semua hal dalam Heaven House takkan di bawa ke luar, tapi Si E siap tulis dalam blog lagi pasal hal ini! Mana perginya janji2 Si E? Jujur ke manusia yang bernama Si E ni? Kawan-kawan sentiasa jaga maruah Si E, tapi Si E? Jaja maruah kawan-kawan kat dalam blog! Si E cakap kawan-kawan tak boleh bawa Si E ke jalan yang baik. Bila Si N dan Si M tengok tv dari lewat malam sampai pagi, pernah ke kami ajak Si E skali? Tidak bukan? Bila pagi pernah ke mereka berdua sampai ponteng kelas sebab terlalu mengantuk? Tidak bukan! Kalau Si N tak pergi kelas sebab tak sihat, pernah ke Si N ajak Si E ponteng sekali? Tidak bukan! Malah, Si E yang selalu ponteng kelas sebab malas, fikiran terganggu dan bila putera Si E datang! Bila Si H dan Si N ambil benda tu, pernah ke kami buat depan Si E atau ajak Si E join sekali sebab Si E pun pernah ambil juga! Pernah ke? Tidak bukan! Bila Si E tak ada idea, bukankan Si N dan Si M juga yang sama-sama berfikir dan menyumbang idea untuk Si E?! Bukankah Si N yang selalu tolong Si E buat tugasan dengan buah fikir ataupun melalui pinjaman buku pusaka kuning tu? Bukankah?! Jadi bagaimana lagi Si E boleh tergamak mengatakan yang kawan-kawan ni tak membawa Si E ke jalan yang baik? Sampai hati Si E!!! Fikirlah, Si E... Si E pun pernah ambil benda tu jugak. Si E pun pernah jadi jahat juga! Adil ke untuk Si E hukum kawan-kawan macam ni? Fikirlah, salah ke betul apa yang Si E buat ni? Sedarlah Si E... kawan-kawan sedang luka kerana tinta airmata Si E...!
KEPADA SI E... JANGAN ASYIK NAMPAK KUMAN SEBERANG LAUT SAMPAI GAJAH DEPAN MATA PUN TAK NAMPAK.

Saturday, March 28, 2009

Topeng


Kujejaki, lingkungan baru…
Kugalasi; tas berisi
Topeng-Topeng!

Ada rupa ria, bidadari syurga mempersona
Ada rupa duka, malaikat maut menerjah
Ada rupa yang membuatkan aku berwajah dewa
Ada rupa yang menjelmakan aku iblis berwajah

Kukembali, garisan lama…
Kudibebani; tas berisi
Topeng-Topeng!

Coretan Kecil Untuk Guru Yang Besar Jiwanya...!

Aku punya seorang guru. Namanya En. MRH. Beliau ku kenali dengan cerita-cerita negatif sehinggakan semasa di tahun pertama pengajian, melintas kamarnya pun aku geruni. Tetapi semasa terlibat di dalam pengurusan acara Malam Puisi di tahun kedua, aku mula mengenali beliau secara dekat. Ternyata, cerita-cerita yang aku dengari selama ini hanya omong kosong. Beliau seorang pensyarah yang tegas, lekas terusik namun berpendirian dan kata-katanya selalu sahaja menyentap hati. Namun aku gagahi juga menahan telinga dan menapak selalu ke kamarnya. Walaupun kata-katanya selalu kasar, namun aku dapat menangkap maksud di sebaliknya dan kadang-kadang terselit di situ penghargaan untukku ( walaupun selalunya tidak secara langsung ). Selalu juga aku mendengar sindiran dari teman-teman yang mengatakan aku anak emaslah, kaki bodeklah dan macam-macam lagi. Aku tetap tak peduli! Semuanya kerana aku tahu, apabila bersamanya, aku mengenal jiwa yang tidak bermuka-muka, suara yang tidak hanya mengatakan yang sedap-sedap sahaja dan juga cetusan yang selalunya menyemarakkan jiwa. Lalu, setelah banyak hari berlalu dan setelah bulan berganti... aku senang menyanjungnya sebagai seorang guru yang menunjukkan kepada aku suatu sudut kecil dunia yang lain. Martabatnya aku sanjung sebagai seorang abang yang memimpin adik kecilnya melangkah menuju ke hadapan. Untuk guru yang aku kenang sebagai abang besar, jasamu mengajar aku erti kehidupan dan bagaimana untuk mengejar cita. Lalu aku selitkan untukmu sebuah penghargaan kecil yang besar nilainya kerana kau menyuluhkan padaku erti sebenar lingkungan yang cuba aku pegang ini. Salam terima kasih!

Tuesday, March 24, 2009

Salam Tahniah!

15 Mei 2005 adalah tarikh keramat di mana aku diterima sebagai mahasiswa di sebuah institusi pengajian kesenian dalam bidang yang cukup aku minati. Aku bercita-cita besar ingin menjadi seorang penulis yang sedia untuk berdiri atas keyakinannya. Di sini, aku bukan sahaja menemui impian, harapan, keinginan... malah aku mengenal setianya persahabatan. Aku mengenal seorang kakak yang tegas dan manis, seorang abang yang lucu, tiga orang adik yang manja dan riang serta seorang teman yang sentiasa bergelumang dengan persoalan. Aku berkongsi kehidupan dengan mereka. Walaupun pernah datang suatu ketika di mana persahabatan kami tercalar dengan pertelingkahan namun aku masih mengasihi mereka dengan perasaan yang paling halus. Walaupun aku sarat menanggung beban terkilan, namun aku gagahi juga untuk menapak ke Dewan Kuliah Utama untuk sama berkongsi detik mereka membentangkan projek akhir. Namun aku tewas untuk menahan beban perasaan yang maha sebak dan pilu lalu gagal menghadirkan diri semasa mereka mengecap nikmat bahagia berkonvo. Maafkan aku... kerana tak mampu melihat kalian segak dengan jubah dan menggegam segulung diploma. Salam tahniah aku bingkiskan... buat teman-teman yang tak pernah luput di ruang ingatan....
--> Shahaini Aizan Md. Zahar, Nurjihadah Baharuddin, Fatimah Sri Anas Putri, Noorisalwa Ahmad Nadzri, Roydy Anuar Eddy Sauly dan Haironizan Mohd Idris... tahniah kerana telah bergelar graduan! Maafkanlah... andai masih ada sisa kemaafan....

Sunday, March 8, 2009

Kepulangan...

Jumaat lalu, aku disentap keras dengan berita kepulangan guruku, Tuan Haji Zubir Ali ke alam yang satu lagi. Terasa begitu walang kerana tidak sempat bersua muka dengan arwah untuk kali yang terakhir. Zubir Ali adalah seorang guru yang cukup istimewa. Sifat merendah dirinya begitu menebal dan kasih-sayangnya kepada kami terasa cukup lembut membelai, persis seorang bapa. Malah, setiap kali tibanya syawal... arwah tidak akan pernah lupa untuk membalas ucapan selamat yang dihantarkan kepadanya selain bertanya khabar. Apa yang aku pasti, syawal tahun ini pastilah sepi tanpanya... Sebak rasanya dada bila mengenang. Kepada guruku yang terhormat, hanyalah sekalung Al-Fatihah yang mampu kukirim untukmu. Doaku semoga kau tenang di alam pengabadianmu... Amin!

Sunday, March 1, 2009

Pertemuan Kembali!

Hari ini tak dapat untuk aku memperjelaskan betapa gembiranya aku. Sejak semalam aku bersama teman yang sudah kuakui sebagai adik sendiri, di mana beliau datang bertandang ke teratakku. Banyak yang kami kongsikan bersama setelah hampir empat bulan tidak bertemu. Separuh beban perasaan dalam jiwa juga habis terbang bersama angin. Kadang-kadang, bila di kenang-kenangkan, masa adalah musuh perhubungan. Dulu hubungan kami cukup akrab. Sekarang masih juga akrab, cuma hijab kesibukan bekerja dan membina hidup terbentang luas di hadapan kami sehingga membataskan pertemuan dan kemesraan. Sudah agak lama aku tidak bersua muka dengan teman-teman lama. Jelasnya teman-teman sedang berhempas-pulas dikejar kesibukan sedang aku sedang berhempas-pulas pula mengejar dateline PeTA. Barangkali tidak mengapalah, aku hanya mampu berdoa semoga apa yang sudah sekian waktu terjalin, takkan pupus begitu sahaja dimamah jarak dan waktu. InsyaAllah...
p/s: Untuk 'beliau' yang sudi bertandang dan menghalau walang, aku ucapkan salam terima kasih dan kasih sayang.