Sunday, February 28, 2010

Hari Baharu Dan Kehidupan Yang Baharu!


HARI ini aku telah memulakan suatu kehidupan yang baharu dengan meninggalkan kehidupan yang lama aku jauh di negeri kelahiranku. Selepas genab enam bulan bersesak di stor 7-Eleven, aku akhirnya berjaya menamatkan karierku di sana demi memulakan kehidupan yang baharu inilah!

Aku bukannya tak mahu bercerita pada kawan2 tentang punca kegembiraan aku ini tapi aku separuh segan sebenarnya. Teringin sangat nak bercerita tapi takut ayahanda Encik Hassan bakal menembak aku pula selepas ini selepas beliau menembak si tuut! Hahahahaha... salah seorang kakak teman sekuliah dulu menghantar mesej bertanyakan hal apakah yang digembirakan aku sekarang ni tapi aku segan nak membalas. Bukan pasal novel, kak! Huhuhu... kalau pasal novel, saya bukan takat bergembira, tapi dah melayang terbang ke langit! Begitulah.

Nak cerita... nak sangat bercerita tapi.... hahahaha! Doakan aku ya, kawan2. Doakan semoga aku bertabah di sini demi mengisi perut dan berjaya menggalas title sebagai seorang PENULIS walaupun bidangnya agak menyimpang dari bidang asalku. Jangan bimbang... aku masih aku. Aku selalu percaya makanan jiwa dan makanan perut jauh bezanya. Untuk jiwa, aku masih ada. InsyaAllah, akan terus ada!

Aku nak cerita... nak sangat bercerita tapi... hahahaha! (^_^)

Tuesday, February 23, 2010

Hari Yang Sangat Menggembirakan!


AKU sangat gembira hari ini. Rasanya RABB telah mengurniakan kegembiraan yang sangat banyak kepada aku. Separuh daripada impian aku telah tertunai hari ini. Aku nak bercerita dengan lebih lanjut tapi biarlah dulu... aku ingin meraikan sendiri dan bersama adik comelku, Mimie dulu... Huhuhu!

Terima kasih, YA ALLAH...!

Tuesday, February 16, 2010

Nilai Sebuah Ikatan

Bakal kak ipar aku.

AKU tertanya-tanya, bagaimana rasanya menjadi seorang isteri hanya untuk beberapa jam. Aduh, barangkali kalau diceraikan secara tiba-tiba tanpa sebarang penjelasan pun masih belum cukup perit kalau nak dibandingkan dengan baru sahaja melihat suami yang mengambil akad nikah dan mengucup dahinya, kemudian melihatnya pula di bilik mayat untuk tujuan pengecaman. Hari di mana kenduri bersanding sepatutnya dijalankan, bertukar menjadi kenduri arwah. Pelamin, baju pengantin, hantaran yang digubah cantik, bunga telur untuk para tamu dan juga inai yang masih memerah dijari... oh, bukankah semua itu menjadi mimpi ngeri?

November yang lalu, adik sepupu aku telah selamat jadi isteri orang. Januari ini pula seorang sahabatku bakal jadi tunangan orang. Februarinya, along aku bakal jadi suami orang (perhatian : dia dan bakal kak long aku dah bercinta sejak aku darjah 6! 12 tahun, beb!). Mac pula, seorang lagi sahabat aku bakal jadi isteri orang. Sepuluh tahun kami bersahabat. Bila dia dah nak kahwin ni, teringat pula aku pada zaman budak jahat kami. Hahaha... orang pergi kelas tambahan PMR setiap petang, kami berdua pula hari-hari meronda kampung dengan motor buruk aku (aku tak ada lesen, redah je!) dan lepak kat tepi sungai sambil mengintai lelaki idaman dia. Aku anti lelaki! Hahaha... kami pernah melancarkan perang dengan sekumpulan budak lelaki semasa aktif bersilat, hari-hari bertumbuk dan berlumba motor bagi menunjukkan siapa lebih hebat. Bahagian harunya, lelaki idaman dia tu salah seorang dari musuh2 kami.

Melalut pula aku ni. Sebenarnya tujuan aku menulis entri ni adalah untuk mengucapkan tahniah kepada adik saudaraku, selamat menempuhi hari2 baru sebagai isteri selepas enam tahun bercinta. Selain itu, kepada dua orang sahabat aku yang bakal bertunang dan berkahwin, tahniah dan semoga berakhir dengan bahagia. Perkahwinan adalah sebuah ikatan yang suci. Tak paham aku dengan sesetengah orang yang kahwin dan bercerai semudah membaca ABC! Kalau belum betul bersedia, jangan la gatal nak menikah. Fikir dulu masak-masak. Jangan main-main.

Aku pernah baca tentang satu suku kaum orang asli (di mana aku tak berapa ingat pasal dah lama sangat) yang akan tinggal bersama sebelum kahwin. Tak kira berapa lama pun, dan kalau tak sesuai boleh berpisah. Bunyinya macam kurang enak, dan aku tak pun suruh korang buat macam tu memandangan kita ada agama. Apa yang cuba aku sampaikan ialah perkahwinan adalah suatu ikatan yang sungguh istimewa dan tidak ternilai. Fahamilah. Bukannya cuba kahwin dulu dan kemudian bercerai bila rasa tak berapa nak rasi.
Lewat kebelakangan ni, begitu ramai orang-orang disekeliling aku yang sudah dan bakal menempuhinya. Lalu, aku doakan yang terbaik buat kalian. Kalau terasa rapuh, ingatilah kembali saat yang manis-manis dan kualiti si dia yang pernah membuatkan korang jatuh cinta dan berbahagia. Insya-Allah, semuanya akan berjalan dengan baik. Salam tahniah! Semoga bergembira dan kekal sehingga ke akhirnya. Amin.

Peluklah tubuhku bila engkau rapuh,
Saat kau mulai terjatuh,
Aku datang menyelamatkanmu,
Ini syurga kita... tiada yang menguasainya,
Tempat kita bersandar dan bertakhta...!