Monday, May 30, 2011

Kecil Hati Lagi... Dan Lagi...!

AKU selalu percaya, orang baik tak wujud dalam dunia ni. Orang bodoh je yang ada. Orang bodoh ini merujuk kepada takrif orang yang terlalu baik melampau-lampau seperti yang terpampang banyak dalam sinetron. Adus... penat aku jadi 'orang baik' ni. Sabar... dengar... beralah...! Sampai bila? Orang tau angin dia je. Angin aku ni, asyik tersimpan dalam dada sampai dada pun dah naik nak pecah.

Aku bosan. Apa yang susah sangat untuk orang faham aku? Asyik aku je yang nak kena faham orang. Aku sebenarnya tak kesah pun kalau korang tak boleh nak faham aku. Dengan segala hormatnya aku minta korang blah dari hidup aku dan tak payah nak berpura-pura sibuk nak ambil berat pasal aku a.k.a jaga tepi kain aku. Selama ni aku hidup pun, aku jaga diri sendiri. Kau kat mana masa aku perlukan kau??? Bila orang bercakap, baru kau sibuk nak ambil tau. Tu pun sebab tak nak orang kata kau tak reti nak pikul tanggungjawab.

Aku hormat kau selama ni. Aku jujur hormatkan kau. Tapi biarlah berpada. Itu je pun yang tertinggal kat dalam hati aku ni. Aku tau kau baik dan tak berkira. Cuma janganlah melampau. Aku ni pun ada perasaan juga. Jangan sampai hubungan kita ni berpatah arang berkerat rotan hanya kerana benda-benda kecik dan bodoh ditambah pula dengan perangai kau yang baran dan kuat membebel tak tentu pasal.

Aku bosan, tau tak?! Bila aku pulak dah mula naik angin nanti, kau jangan menyesal! Sebab aku memang dah tak reti nak berbaik dengan orang yang aku maki!

Wednesday, May 25, 2011

I Nak Kahwin Ni...!

Cantik gila gambo nih! Agak-agaknya camera gurl aku yang baik hati setuju nak amik gambo untuk aku secara percuma tu boleh edit macam ni tak? Huhuhu...
(Ehsan Pakcik Google)

SIGH... (memulakan entri dengan mengeluh lagi). Sebenarnya, lepas mak dan ayah bagi persetujuan untuk aku menamatkan zaman bujang lagi dua tahun, aku tak habis2 berfikir. Sebelum ni, aku cuma fikir setakat nak minta restu mak dan ayah saja. Tapi bila mereka dah setuju, tiba-tiba aku terasa macam berdebuk2 perkara lain yang jatuh dari langit untuk aku fikirkan.

Haizz... walaupun lebih kurang dua tahun lagi untuk aku melangsungkan hari bahagia bersama Si Bulat (insyaAllah, amin...!) tapi macam-macam benda dah tengah melompat-lompat dalam kepala aku ni. Runsing betul. Macam mana nak mengatur majlis (memandangkan kampung aku dan Bulat jaraknya...hurm! Jauh. Dan aku pulak mungkin tak dapat bercuti lama), hantaran, perkara-perkara kecil, jemputan dan macam-macam lagi. Itu baru perkara minor. Majornya pula, lepas kahwin nanti nak duduk mana? Subang? Perak? Terengganu? Hahaha... Si Bulat dan kawan2 cakap,

"Jangan banyak fikir sangatlah!"

Aku pun dah penat nak fikir sebenarnya. Tapi tak boleh nak suruh kepala hotak dan hati ni berhenti seketika dari berfikir. Semalam bila aku menengok cermin lama2, aku baru sedar yang mata putih aku dah naik kuning dan kedut-kedut di dahi serta bawah mata bertambah dengan banyaknya. Aduss! Badan aku pun dah makin gemuk (ingat entri yg lepas2, aku makin gemuk bila bersusah hati).

Macam-macam benda yang melompat dalam kepala. Mak suruh beli kereta, boss pun suruh beli kereta. Kata Madam Jane ;

"You nak balut besi atau besi balut you?"

Aku bukan tak nak beli kereta. Walaupun boss dah naikkan lagi gaji aku (supaya aku menerima saranannya untuk membeli Viva), tapi ekonomi aku masih belum stabil juga. Aku nak menyimpan lagi. Kata nak kahwin, kan? Sebelum fikir nak kahwin ni, aku langsung tak ada simpanan. Jadinya, sekarang terpaksalah bertungkus lumus. Kalau beli kereta, minyak lagi, servis lagi, cukai jalan lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi! Lagipun bak kata ayah, mak, adik, along dan Budak Bulat, beli Viva rugi. Baik beli Saga. Haiz...

Pening! I nak kahwin ni... tapi macam-macam hal pula dalam kepala ni. Tak habis-habis berfikir. Menjelang aku berumur 40-an (kalau masih hidup lagi), agaknya muka aku ni dah berkerepot kedut seribu macam nenek 70-an akibat terlampau-lampau banyak berfikir dan bersusah hati.

I tak nak bertunang dan bersanding. I rasa buang masa dan malu nak duduk atas pelamin. Ouch! Kenduri akad nikah dan makan beradab saja sudah! Buat pelamin untuk ambil-ambil gambo dengan kengkawan dan sedara mara cukuplah. Hahaha... I ni pun kedekut orangnya. Tak payah nak banyak-banyak baju. Sepasang baju dah cukup. ^_~. Kih, kih, kih! Hantaran I pula, lain sket juga dari yang lain. Biarlah orang kata hantaran I takde kelas! Tak ada Gucci, LV, Dolce & Gabbana ataupun MAC dan so ever! I happy, you! I rasa macam ni lagi istimewa. Apa? Mestilah rahsia! Tunggu lagi dua tahun... hahaha... tu pun kalau you sudi la datang kenduri I yang penuh dengan kesederhanaan ni (pasal I memang kedekut! ;p)

Aduh, rancaknya bercerita. Kendurinya lambat lagi pun. Minta-minta la masa tu aku boleh ambil cuti lama-lama. Sebab aku kenduri sekali dengan adik (insyaAllah). Kalau tak dapat cuti lama, aku tak dapat nak tengok dia nikah. Sebab kenduri dengan aku adalah belah lelaki.

Minta-mintalah semuanya berjalan dengan lancar dan sederhana seperti yang aku impikan selama ini. Amin, Ya Rabb... amin! ^_^

Monday, May 23, 2011

Pengutip Rezeki


Di lebuhraya ini
Aku memberikan sebuah kesaksian
Seorang pengutip rezeki
Berbaur antara gigih rintih mengais pagi
Menyusur sulam mimpi ke malam sepi...

Di lebuhraya ini
Dia tidak membilang hari
Tidak mengira detik yang berlari
Dia hanya bahagia meniti
Titian menuju pintu rezeki

Di lebuhraya ini
Aku melihat kehidupan yang kejam
Namun masih berbaik hati memberikan jalan
Buat si pengutip rezeki
Mempertaruhan nyawa di antara motokar dan lori

Masih di lebuhraya ini
Aku berlalu bersama hati yang membungkam
Aku belajar mensyukuri kehidupan
Aku tabahkan rasa dan perasaan
Terima kasih buat sang pengutip rezeki di jalanan...!

Tuesday, May 10, 2011

Tak Faham Dengan Sesetengah Orang


AKU ni... sigh (mengeluh).... tak faham betul dengan sesetengah orang ni. Asal buka mulut je, nak menyakitkan hati orang. Hairan sungguh! Kalau dia tu hidup duk perli orang sana-sini, hidup dia tu baik suci murni mulia sangat, tak apalah juga. Ini tidak! Tak jauh beza pun dengan kita ni.

Ada sekeluarga makhluk ni. Si ibu sangat baik. Tapi si suami dan si anak-anak... masya-Allah! Mulutnya lebih busuk dari bau longkang. Aku kasihan pada si ibu. Tempias dari kebusukan mulut suami dan anak-anak, dengan dia sekali terpalit kebusukan. Dulu masa ayah aku berhasil membeli sebuah kereta Myvi, si suami menyindir seperti ini ;

"Wah, kerajaan buat jalan barulah untuk kereta kau, Din!"

Sebenarnya kebetulan, jalan rosak di rumahku telah dibaiki selepas ayah aku membeli kereta. Satu lagi, semasa aku berhenti belajar di UPMKB dulu. Mereka satu keluarga buat mesyuarat. Si anak 2 mengeluarkan kenyataan seperti ini ;

"Itulah, masuk universiti tak ukur baju di badan sendiri! Kan dah berhenti..."

Si anak 5 menyampuk ;

"Ala, tak payahlah nak belajar tinggi-tinggi. Nanti keluar tak ada kerja juga!"

Cakap memanglah senang. Anak 1, anak 3, anak 4 dan anak 5 belajar takat SPM je. Tapi semua hidup senang. Kenapa? Sebab harta si suami melambak-lambak. Makan 7 keturunan pun tak habis. Nak meniaga, bapak hulur modal. Padanlah kau tak kisah kalau tak sekolah. Aku ni bukan anak orang senang. Aku berhenti dari UPMKB pun bukanlah sebab aku ni bengap sangat. Tapi sebab aku nak kejar pelajaran yang lebih sesuai dengan jiwa aku. Aku habiskan juga pengajian sampai dapat diploma dan sekarang aku dah kerja pun dalam bidang aku. Apa lagi yang kau nak?

Masa aku letak gambar aku dan Budak Bulat dalam FB, si anak 3 tengok dan terus melapor ke kampung. Aku bergambar tak senonoh dengan lelaki! Mereka bermesyuarat lagi dan menyerang mak aku. Katanya ;

"Angah berkawan dengan siapa entah! Tak elok sungguh. Baik tak payahlah cakap dengan si angah tu. Cari saja orang kampung ni yang lagi elok!"

Mak aku dah tak tahu nak letak muka kat mana. Kasihan mak aku. Aku bayangkan, kalaulah aku ada masa si suami tu berkata-kata, memang jadi amukan puaka! Silap-silap bergaduh besar. Geram aku geram! Tak habis-habis nak mengatuk kata dan menyebarkan aroma longkangnya ke sana-sini. Terkini.

"Cakaplah dengan angah tu, tak usahlah sibuk nak beli kereta. Jangan-jangan makan pun tak lepas. Orang boleh je keluarkan 10 kereta pun tak apa. Jangan nanti tak cukup duit nak bayar!"

Hei! Aku tak hadaplah nak beli kereta dengan kau! Aku tanya je harga pasaran sekarang ni. Aku pun tau ukur baju kat badan sendiri. Bosannya aku dengan orang macam kau ni. Asyik nak menyakitkan hati orang saja. Kau ingatlah sikit. Hidup kau pun bukannya elok sangat. Kahwin pun kahwin lari. Kat Siam lagi. Duda beranak 5 dan 2 kali kahwin cerai. Memanglah berduit. Tapi sikap........ dush! Elok sangatlah laki kau tu sampai sedap mulut nak mengata Budak Bulat aku? Mulut suami si anak 3 ni, nauzubillah! Mencarut 24 jam. Antara yang pernah aku dengar ;

"Dasar p*ki! Bawa kereta macam pan*at! Hei, p*ki... kalau tak tahu bawa kereta tu pergi baliklah! Jangan menyibuk macam p*kim*k kat jalan raya ni."

Makian dan carutan ni dilafazkan di depan aku, mak aku, si ibu (mak mertua dia tu) dan beberapa orang lain. Bayangkan betapa 'beradab'nya manusia yang seorang ni. Aku memang tak faham macam mana orang boleh sibuk sangat nak jaga tepi kain orang lain sedangnya tak cermin kain sendiri.

Aku sedang berkecil hati.... ;(

Tuesday, May 3, 2011

Hidup Berubah Dalam 2 Hari...

Budak Bulat mendukung Puteri Nur Amina, anak buahnya dan aku mendukung Nur Dinie Syahirah. Aku dan Budak Bulat sama2 mendukung bayi yang bukan kami punya. Sedih! (mengada)

CUTI hari buruh yang lepas, aku dengan tanpa bertangguh terus mengambil peluang keemasan untuk berpulang ke kampung halaman. Selain menjenguk rumah, ibu dan ayah serta adik yang dikasihi (chewah!), kepulangan aku juga membawa tujuan untuk menjenguk sahabat karib sehidup semati semasa sekolah dulu iaitu Cik Mimi Aima yang telah selamat melahirkan puteri sulungnya. Huhuhu... suka!

Rasa aneh sebenarnya bila tengok kawan yang dulunya ganas melayari dunia sepak terajang bersama aku, kini telah pun selamat jadi mama. Puterinya comel, ikut sebiji muka dia! Mata sepet. Hahaha... tapi dah jadi mama pun, si Mimi ni masih lagi ganas. Masa aku sampai, si Dinie tu tengah tidur. Bila tengok aku datang, Mimi pun kejut anaknya yang tengah lena.

"Dinie! Bangun! Aunty N datang ni... bangun! (sambil memicit-micit pipi Dinie)

Kelakar pun ada. Selamba saja dia mendukung dan mengusik-ngusik anaknya supaya bangun. Si kecil apa lagi, menggeliat protes! Manakan tidak, diganggu semasa tengah lena. Seronok menengok dia menguruskan Si kecil. Katanya Dinie tak banyak kerenah, tidur malam pun lena. Jarang berjaga dan menyusahkan mamanya. Alhamdulillah. Suka aku tengok.

Kebetulan beberapa hari sebelum Dinie lahir, bakal adik iparku (hahaha) pun telah selamat melahirkan puteri sulungnya juga. Lucu pun ada sebab bila aku tengok Dinie dan Amina, dua-dua pun bermata sepet! Macam kembar. Huhuhu... Act, ramai sungguh orang2 disekelilingku yang tengah mengandung dan melahirkan anak. Macam musim bayi. Suka! Bulan 8 ni tunggu anak angkat aku pulak lahir! Semoga semuanya selamat, Jiha! Amin... insyaAllah! ^_^

Dalam pada tu, aku ambil kesempatan memujuk mak dan ayah tentang hasrat aku. Alhamdulillah, ada perkembangan positif. InsyaAllah... 2 tahun lagi. Semoga semuanya berjalan seperti yang diharapkan. Amin!