Sunday, March 27, 2011

Repekan Berterusan

Inilah Kenzo! Si Bobo telah ditukarkan nama kepada 'Mimien' oleh rakan sepejabat

BAGI kawan-kawan yang dah mula tertanya-tanya apa yang tak kena dengan aku kebelakangan ni, maaflah ye? Aku bukan apa, sekadar mahu menghiburkan hati sendiri. Pagi tadi Kak Long call aku. Saja bersembang tanyakan khabar. Sambil-sambil tu tanyakan pendapat dia, bagaimana agaknya kalau aku beli kereta. Rasa dia, aku mampu ke tak?

Kak Long memberi komen yang memberangsangkan. Aku merenung dalam-dalam komennya. Ada pro dan kontranya. Aku terkesan dengan sebaris ayatnya ;

"Daripada duit gaji tu habis tak tentu hala dan tak nampak ke mana perginya, baiklah laburkan untuk benda yang nampak."

Fuh! Berpeluh-peluh aku mendengarnya. Ada betulnya apa yang dikatakan Kak Long. Tapi tulah, risau juga kalau ada masanya aku jadi gagal untuk mengadakan duit untuk membayar ansuran bulanan tu. Risau juga.

Satu hal lagi, pokokku yang sepasu tu telah diberikan kepada seorang lagi rakan sepejabat untuk dikongsi jaga. Uh... sedih! Tinggallah sepasu sahaja untukku. Hal ini menyebabkan aku mengambil keputusan untuk menukar namanya dari si Bubu kepada Kenzo! Belagak tak? Nama pokok 'Kenzo'? Huhuhu... baiklah!

Nak beli kereta ke tak ni? Aku cuma ada masa sebulan untuk berfikir... Saga SE merah? Iswara hitam? Kancil merah? Viva merah? Myvi oren? Savvy hijau? Neo silver? Ataupun Lagenda merah? Ex5 merah? Mana satu???????

Wednesday, March 23, 2011

Mac Adalah Bulan Untuk Merepek!

Syurga Idaman : Rumah kecil di tepi sungai... perbukitan... ada perpustakaan di dalamnya. Aku, budak bulat saya, along, angah, alang, adik dan bela bebit dan tucen yang tinggal di situ! Amin! (^_~)

MUHAHAHA... aku merasa begitu hebat seperti gaban pada hari ini. Nak tau kenapa? Nak tau? Betul nak tau? Muhahaha (gelak lagi, sewel ke???) Ini adalah kerana aku dan adik comey si Mimie dengan gagahnya (perhatikan pemilihan perkataan aku : gagah!) telah berjalan kaki dari PJCC sehingga ke Sunway Piramid. Kejadian bersejarah ini telah berlaku pada malam tadi. Oh, ya... bagi sesiapa yang tak tahu di mana PJCC, PJCC terletak di PJS 5 Kampung Medan. Act, jaraknya taklah jauh sangat kalau korang naik kereta (yang aku dan Mimie takde tu). Masih belum begitu jauh kalau korang menunggang 'tenggiling' (pun yang aku dan Mimie takde, tapi bakal beli lepas dapat 'P'! Sebulan lagi, oh, yeah!!! Berusahalah, N!). Tapi jaraknya cukup jauh kalau korang menapak macam yang dilakukan oleh kami berdua semalam!

Hasilnya berpeluh-peluh kami berdua satu badan! Sementelah aku sedang demam selesema semalam. Terus rasa segar bila dapat berjalan. Rakan sepejabat yang paling cool, En. Muhaimin (aku sangat suka nama MUHAIMIN. Nanti kalau ada anak lelaki, aku akan namakan dia Muhaimin!) telah banyak kali memaksa aku supaya bersenam. Nah! Amin, aku dah bersenam sekarang. Cukup?

Banyak yang aku bualkan bersama si Dorae Mimie semasa dalam perjalanan. Aku terkesan dengan sebaris ayat Mimie ;

"Seronok juga bila macam ni. Kita pun dah jarang berbual sekarang..."

Aku dan Mimie tinggal serumah, bilik sebelah menyebelah. Malah kami bekerja sepejabat, tempat duduk pun sebelah menyebelah, tapi aku seperti baru sedar yang lewat kebelakangan ni kami berdua semakin jarang menghabiskan masa bersama dan bersembang bergebang. Aku selalu merindui sahabat-sahabat yang jauh. Tapi rupanya sahabat yang dekat ni pun sama perlu dirindu. Mengapa?

Kesibukan bekerja. Balik rumah, masing-masing dah penat lalu terbongkang berdengkur. Sedihnya. Mungkin selepas aku beli motor nanti, kehidupan kami akan lebih baik. Sekurang-kurangnya masa balik kerja kami akan teratur. Hujung minggu juga barangkali lebih memberangsangkan. Maklum saja... dapat 'kaki' untuk mengembara jauh. Tempat shopping kegemaran kami, semestinya Sungei Wang, BB dan Times Square!!! Murah, menjimatkan dan banyak pilihan. Ahaks!

Sesekali mungkin boleh merewang ke downtown, uptown, Georgetown (gila jauh! ahaks!) dan mana-mana town yang ada kat sini. Jalan ke Masjid India, Jalan TAR, melepak di taman tasik, pergi muzium, zoo negara (muak dah, duk buat ZOO : The Series!), tengok tugu negara (nampak tak yang aku memang dah melalut) dan ke mana-mana lagi yang kami suka! Indahnya...

Aduh! Aku tak sabar nak dapat 'P' dan beli Lagenda merah idaman kalbu. Itupun kalau cukup duit la. Kalau tak aku beli EX5 saja. Pun merah juga! Penting tu! Hahaha... yang penting aku ada kenderaan. Oh, ye! Boss baru sahaja bagi aku dua pasu pokok untuk aku jaga sebagai anak angkat. Kata boss, kalau tak boleh jaga pokok, jangan berangan nak jaga laki. Hahaha! Aku namakan mereka Bobo dan Bubu (boleh?). Untuk makluman korang, kalau Bobo dan Bubu ni mati, gaji aku akan dipotong sebanyak 200rm! Dahsyat tak? Ia adalah mengenai tanggungjawab. Penting tu!

Baiklah, berusahalah, N! Chaiyok!

Sunday, March 13, 2011

'N' Merepek Lagi...?


AKU merasa bersemangat seperti baru lepas berak pada hari ini. Demikian adalah kerana aku telah berjaya mengedit sebuah naskah yang amat tak sesuai dengan jiwa. Jadinya saya dikira hebat kerana menjaya mengatasi perkara yang tak disukai demi tanggungjawab. (muhahaha! dah lama tak puji diri sendiri. ;p)

Aku juga merasa amat lega (juga seperti baru lepas berak) pada hari semalam kerana akhirnya aku telah berjaya melepasi ujian komputer untuk amik lesen. Markah lulus 43/50. Alhamdulillah! Syukur. Jadinya hujung minggu kelak, aku akan bertapa di Metro Driving Academy demi menghabiskan 6 jam kelas motor pada hari Sabtu dan 6 jam kelas kereta pada hari Ahad. 700RM sudah melayang. Huhuhu... aku sendiri tak percaya akhirnya aku gigihkan diri untuk mengambil lesen motor dan kereta sekaligus. Oh, ayah! Pinjamkanlah anakmu ini Yamaha Legendmu supaya aku dapat simpan duit untuk beli Saga SE merah idamanku... muhahaha! Oh, ye? Budak Bulat saya pun dah janji nak bayar separuhkan? hik...hik...hik! Sayang awak! (miang)

Selain hal-hal yang mengembirakan ini, aku... haizz...! (mengeluh) aku merasa agak hampa kerana selepas hampir sebulan berdiet dan meminimakan nasi setakat sekali sehari pada waktu tengah hari sahaja, aku masih gagal menurunkan berat badan. Hampa sungguh rasanya nih! (-.-')

Dalam masa yang sama, aku sedang mengusahakan 'sesuatu'. Kawan-kawan yang disukai sila doakan yang terbaik ye? Jasamu dikenang. Terima kasih kerana sentiasa sudi singgah di laman ini. (^_^) Oh, ya... bilangan follower dah bertambah. Tak sangka! Walaupun hanya 7 orang, aku tetap menghargai anda semua!

Thursday, March 10, 2011

Kisah Duri Dalam Daging


SETIAP kali aku bersusah hati, aku akan berbaring diam-diam, memejamkan mata lalu mula muhasabah diri. Aku sedar, aku manusia yang penuh dengan kekurangan. Adakala aku tanyakan pada diri sendiri.

"Adakah aku seorang manusia yang teruk? Adakah aku seorang kawan yang teruk? Adakah aku seorang pekerja yang teruk? Adakah aku seorang anak yang teruk? Adakah aku seorang kakak yang teruk? Adakah aku seorang adik yang teruk? Adakah aku seorang kekasih yang teruk?"

Susulan kepada soalan2 ini pula ;

"Adakah aku boleh berubah? Adakah aku perlu berubah?"

Dan seterusnya aku jadi tertanya kembali ;

"Adakah aku akan menjadi seorang ibu yang teruk? Adakah aku akan menjadi seorang isteri yang teruk?"

Aku sungguh gagal menemukan jawapan. Aku sungguh-sungguh keliru. Apabila sesuatu berlaku dalam hidup ni, aku akan jadi hairan dan tertanya-tanya ;

"Adakah aku yang tak sesuai hidup dengan orang? Atau orang yang tak sesuai dengan cara hidup aku?"

Sejak seminggu dua kebelakangan ni aku mula rasa bosan. Bosan yang teramat2 bosan. Selepas 24 tahun 3 bulan dan 15 hari wujud bernyawa dalam jasad ni, tak pernah lagi aku merasai kebosanan yang teramat seperti ini. Banyak perkara yang menyusahkan hati aku. Ya, aku sedang amat bersusah hati. Aku amat bosan... amat penat... amat ingin menangisi... amat ingin melepasi.... amat2.......

Aku sudah menghampiri tahap mampu mencederakan sesiapa saja yang berada berhampiran dengan aku. Bila-bila masa saja aku mungkin akan merosakkan segalanya. Hubungan kekeluargaan, percintaan, persahabatan, pekerjaan... bila2 masa sahaja! Aku tak pernah lagi merasa sungguh rapuh seperti yang aku rasakan sekarang. Aku bersusah hati tentang mak. Sejak ayah ditukarkan jauh ke Balai Bomba Cheneh, Along bertugas di Penjara Sungai Buloh, Kak Long di Putrajaya, Mifdhal di Batu Rakit, Arrif pula berulang alik tak menentu masa dari Gong Kapas, sedangkan aku di Subang Jaya, mak sedang bersendirian di rumah. Mak kurang sehat. Sakit lututnya tak pernah surut. Aku bersusah hati mengenang ibunda yang sendiri menguruskan makan minumnya. Kasihannya ibuku. Jadi adakah aku anak yang teruk kerana memilih untuk berjauh darinya?

Aku bermasalah dengan teman-teman serumah yang enggan berkerjasama mengemas rumah. Setiap kali berpulang, hati aku meruap-ruap antara letih, rimas dan terkilan. Ada seorang teman pula bakal melangsungkan hari bahagia, malangnya aral melintang di tengah jalan, aku tak dapat ke sana. Dia mula meroyan, merepek semahu hatinya. Aduhai... kau memang duri dalam hati aku. Sakit sungguh terasa dibuat kau. Dari zaman belajar sampai sekarang! Ada seorang teman pula di pejabat, menuduh aku tak ikhlas dan ego dalam bekerja. Padahal kenalnya dengan aku baru mencecah sebulan dua, sudah berani dia melabel aku. Sumpah! Keikhlasan ada perkara yang cukup sensitif buat aku. Kerja adalah ibadah, itu pesan ustazahku dulu yang masih aku pegang kemas! Marah sungguh aku dibuatnya. Jadi adakah aku kawan yang teruk kerana memilih untuk merasa marah dan terkilan?

Aku sudah merasa cukup penat untuk bercinta. Cinta selalu membelenggu aku dengan perasaan yang tak enak dan berfikir yang bukan-bukan. Jadinya aku ingin terus kahwin dan hidup aman bersama suami dan anak-anak. Jadi adakah aku seorang kekasih yang teruk apabila aku menyusahkan kesayanganku yang cukup baik itu untuk menukar kerja dan mengahwini aku dengan secepat yang mungkin?

Aku suka dengan kerja aku. Suasana kerja yang cukup baik dan harmoni. Asuhan boss menyebabkan aku merasa seperti keluarga dengan rakan sekerja. Tapi aku bosan kerana ada sesuatu yang tiada dalam berkarya di sini. Aku ikhlas berkerja di sini tetapi jiwaku lampus. Adakah aku pekerja yang teruk kerana tidak mahu menggembirakan hati dan redha dengan apa yang aku ada?

Tempat kerja jauh dan aku kerap menyusahkan teman-teman untuk menghantar dan mengambil aku dari tempat kerja ke rumah. Terima kasih terutamanya kepada Ard, kerana paling berjasa. Tak lupa juga Kak Ila, Veronica, JC, Yat, Suwarni, Ee, dan ramai lagi yang telah berjasa menumpangkan aku. Aku segan sebenarnya terhutang budi begini. Aku sedang berusaha menyudahkan lesen dan mahu membeli kenderaan. Tapi tersepit pula dalam pilihan sama ada mahu membeli motor atau kereta memandangkan ekonomi aku masih belum cukup stabil. Jadi adakah aku seorang manusia yang teruk kerana selalu berfikir banyak dan bersusah hati?

Jawablah bagi sesiapa yang mengenali aku ini ;

"ADAKAH AKU BEGITU TERUK???"